1 April 2020

Kenyataan media Ketua Wanita MCA Dato’ Heng Seai Kie

Keharmonian keluarga dan pencegahan COVID-19 harus dijadikan fokus utama

Wanita MCA mengalu-alukan tindakan segera Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meminta maaf serta menarik balik poster tips bersifat kontroversi yang diposkan di " face book" sebelum ini dan tips tersebut meminta wanita agar bersolek dan bersikap manja terhadap suami semasa di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Wanita MCA berpendapat bahawa samada gaya penampilan diri atau layanan suami isteri adalah hak peribadi dan  tertakluk kepada pilihan masing masing . Apa yang lebih penting dan harus difokuskan semua ialah dalam keadaan kritikal sekarang, wanita sebagai suri rumah ,  haruslah berusaha meningkatkan kesedaran keluarga tentang langkah- langkah pencegahan pandemik COVID-19 secara berkesan , menjaga kebersihan diri dan rumahtanggan termasuk melakukan disinfeksi berskala , serta memastikan bekalan peralatan pencegahan untuk setiap ahli keluarga adalah mencukupi , demi perlindungan seisi keluarga daripada jangkitan wabak.

Selain itu, kaum wanita juga boleh mengambil kesempatan ini untuk memasak serta menghidangkan sajian makanan berzat dan seimbang kepada seisi keluarga. Ia bukan sekadar dapat menjaga kesihatan, malahan juga berupaya merapatkan hubungan sinartulrahim dan memupuk kasih sayang di kalangan ibubapa , anak dan keluarga.

Memandangkan seisi keluarga terpaksa berkurung di rumah  dalam tempoh yang sukar dan penuh mencabar ini ,  saya menggesa semua pihak agar bersabar dan  masing masing memainkan peranan demi untuk memupuk  keharmonian dan kesejahteraan kekeluargaan . Ini penting demi mengelakkan daripada berlakunya sebarang perselisihan faham atau keganasan rumahtangga yang dikhuatiri akan menjejaskan keharmonian rumahtangga .

Sehubungan itu ,  golongan wanita yang sentiasa bersikap penyayang dan inklusif dapat memainkan peranan penting dalam mengekalkan  keharmonian keluarga. Ini termasuklah merancang  dan menganjurkan  pelbagai aktiviti rumahtangga seperti nyanyian kara OK, tontonan TV , berkebun, pertandingan  dan lain lain yang menarik dan menyeronokkan agar dapat menghilangkan tekanan stress serta merapatkan hubungan seisi keluarga  ; seterusnya menjadikan tempoh PKP ini sebagai kenangan manis untuk seisi keluarga , yang sentiasa dirindui semua pada masa kelak . 

Walau bagaimanapun, memupuk keharmonian keluarga adalah tanggungjawab bersama yang memerlukan komitmen dan kerjasama setiap ahli keluarga , dan wanita sebagai tulang belakang rumahtangga, memainkan peranan sebagai penggerak utama ke arah pembangunan keluarga , bangsa dan negara .

-MCA online-