1 April 2020

Kenyataan Media Ketua Pemuda MCA Nicole Wong Siaw Ting

Sumbangan pihak guru juga wajar disanjung

Sementara rakyat Malaysia akur kepada Perintah Kawalan Pergerakan dan duduk di rumah masing-masing, para guru masih kekal setia dalam tanggungjawab mereka untuk mengajar generasi masa depan. Melalui pelaksanaan dan penggunaan teknologi moden dan koordinasi di antara para pelajar, ibu bapa mereka dan guru-guru, ia diharapkan bahawa sesi pelajaran dapat bersambung tanpa halangan.  

Pengorbanan petugas-petugas barisan hadapan seperti kakitangan perubatan, pihak berkuat kuasa dan mereka di sektor-sektor perkhidmatan memang tidak boleh dinafikan, namun janganlah kita melupakan bahawa guru-guru juga merupakan wira tak didendang dalam krisis Covid-19 ini.

Mereka ini memainkan peranan penting untuk memastikan bahawa para pelajar menggunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini untuk menambah ilmu. Ini adalah tugas yang penting kerana pelajar-pelajar ini adalah masa depan negara.

Selain itu, usaha guru-guru juga mampu meringankan beban petugas barisan hadapan kerana tahu bahawa proses pengajaran kanak-kanak mereka sudah terjamin.

Pada masa yang penuh ketidaktentuan ini, marilah kita bersama-sama mengenepikan perbezaan kita dan bergandung bahu mengharungi cabaran ini. 

Tambahan pula, usaha Kementerian Pendidikan supaya guru-guru bersiap sedia memulakan bahan-bahan pengajaran untuk mengadakan kelas dalam talian juga harus dipuji.

Jangan kita lupa bahawa guru-guru ini juga mempunyai keluarga sendiri. Oleh itu, perjalanan ini adalah satu beban yang ditanggung oleh semua pelajar, ibu bapa dan guru-guru, dan kita semua harus prihatin dan bekerjasama antara satu sama lain.

-MCA online-