1 MEI 2018

KENYATAAN AKHBAR MENTERI PENGANGKUTAN & PRESIDEN MCA, DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Liow: Kerajaan Barisan Nasional Demi Tenaga Kerja Malaysia

Selamat Hari Pekerja kepada semua tenaga kerja Malaysia. Baik bagi sektor awam atau swasta, merentasi setiap industri, anda semua adalah tunjang dan tulang belakang bagi negara kita yang telah membolehkan ekonomi negara terus berkembang.

Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan luar, kita telah mampu untuk kekal sebagai sebuah negara yang terus menyerlah di rantau ini. Lebih penting lagi, walaupun ketidaktentuan ekonomi telah memberi kesan terhadap banyak negara seluruh dunia, Malaysia telah menunjukkan kekuatannya dalam menghadapi situasi ini. Sebagai contoh, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 5.9% dan dijangka akan terus meningkat pada tahun akan datang.

Sememangnya, pertumbuhan positif ini adalah hasil dari kerja keras dan dedikasi dari segenap lapisan rakyat. Setiap seorang dari anda, tanpa mengira umur, latar belakang atau bangsa telah menyumbang terhadap perkembangan tanah air kita ke tahap yang lebih cemerlang, dan berada di landasan yang tepat bukan sahaja untuk mencapai tahap negara maju malah juga untuk merealisasikan visi TN50 kita sebagai peneraju bagi perkembangan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Melangkah ke hadapan, kerajaan Barisan Nasional anda terus kekal komited untuk menyokong dan mengutamakan keperluan tenaga kerja Malaysia, dari mempertingkatkan kualiti hidup dan juga memperkukuhkan pendapatan isi rumah.

Semakin kita menghampiri Plihanraya Umum ke 14, BN telah menggariskan pelbagai teras utama di dalam manifesto kami untuk membantu dan menyokong perniagaan – perniagaan bagi memenuhi peluang yang disediakan oleh sektor ekonomi digital. Dalam era inovasi ini, kebolehan untuk berubah mengikut arus semakin penting untuk terus berkembang. BN telah berjanji untuk membantu Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) untuk membolehkan mereka berkembang maju dalam arus e-dagang. Seiring dengan ini, kami juga menumpukan focus untuk memambahbaik kemahiran dan latihan vokasional bagi membentuk generasi muda yang berkemahiran bagi memastikan mereka kekal kompetitif dalam era digital hari ini.

Saya, bersama warga saudara-saudara saya dari BN amat bersedia dan teruja untuk terus menabur bakti dan berkhidmat untuk komuniti seluruh Malaysia. Mari kita bersatu dengan semangat kesederhanaan dan perpaduan untuk memastikan masa depan yang cerah untuk semua.

Semoga cuti umum ini dinikmati sepenuhnya oleh anda semua. Bagi mereka yang akan memandu dan melancong, pandulah dengan selamat.

-MCA online-