1 Ogos 2018

Kenyataan Media Naib Pengerusi Wanita MCA Senator Dato’ Ong Chong Swen

Lim Guan Eng harus dilantik masuk Lembaga Pengarah Khazanah demi menghalang kepulangan amalan nepotisme

Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng digesa membantah mana-mana lantikan politik dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Walau bagaimanapun, oleh kerana Perdana Menteri telah melantik dirinya dan rakan-rakan sekutunya ke dalam Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad, maka Guan Eng dan menteri-menteri DAP harus meminta bahawa Guan Eng juga dilantik ke dalam Lembaga Pengarah sayap pelabuan kerajaan tersebut.

Menurut Akta Menteri Kewangan (Diperbadankan) 1957, Perbendeharaan Malaysia terletak sepenuhnya di bawah Kementerian Kewangan. Oleh itu, apabila Perdana Menteri melantik ahli-ahli Lembaga Pengarah Perbedeharaan, ia haruslah termasuk Menteri Kewangan.

Perdana Menteri telah mengenepikan Menteri Kewangan Guan Eng, sebaliknya melantik Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ke dalam Lembaga Pengarah Khazanah. Ini membawa kepada persoalan apakah tugas-tugas dan kuasa Kementerian Kewangan, dan siapakah Menteri Kewangan de facto?

Sebelum ini, Dr Mahathir telah mendakwa bahawa Khazanah telah menyimpang dari tujuan asalnya untuk membantu Bumiputera. Khazanah adalah aset negara untuk membantu semua rakyat, dan dalam tempoh 10 tahun lalu, telah menjalankan pelaburan yang membawa keuntungan kepada negara dan rakyat.

Saya bimbang bahawa pelantikan ahli-ahli Lembaga Pengarah baharu INI menandakan kepulangan amalan kronisme dan nepotisme dari tahun 1990an. 

Kami tidak membantah agenda mulia kerajaan untuk membantu Bumiputera, tetapi khuathir bahawa aset Khazanah yang bernilai RM115.6 bilion akan disalahgunakan untuk hanya membantu segelintir orang sahaja.  

Sebelum PRU14, DAP pernah menabur janji memainkan peranan menyemak dan mengimbang ke atas Tun Dr Mahathir, tetapi nampaknya DAP telah gagal menunaikan janji ini.

Demi kepentingan rakyat, Guan Eng dan DAP harus mendesak pelantikan Guan Eng ke dalam Lembaga Pengarah Khazanah untuk menghalang kepulangan amalan nepotisme dan kronisme.

Senator Dato’ Ong Chong Swen
Naib Pengerusi Wanita MCA

-TAMAT-