Tatakelakuan untuk Wakil Rakyat MCA

Pada Selasa    30-08-2016 12:19:00


1. Tugas dan Tanggungjawab

  • Semua ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) MCA dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan Parti dan Barisan Nasional (BN)

  • Wakil-wakil rakyat MCA dikehendaki mengekalkan rekod kehadiran yang baik di semua sesi Parlimen/ DUN. Ahli-ahli dinasihati membaca Peraturan Tetap dan lain-lain supaya boleh berfungsi dengan lebih berkesan

  • Semua wakil rakyat MCA dikehendaki menlaksanakan analisis dan penyelidikan mengenai Akta-akta/ Enakmen yang dibentangkan di Parlimen/ DUN untuk memastikan bahawa dasar-dasar Partu dan BN boleh manfaatkan rakyat

  • Semua wakil rakyat MCA dikehendaki mematuhi sumpah mereka untuk mengekalkan rahsia maklumat sulit

  • Semua wakil rakyat MCA dikehendaki mengikut garis panduan kerajaan semasa menggunakan peruntukan untuk kawasan mereka. Wakil rakyat haruslah mengemukakan laporan tahunan kepada Presiden Parti dalam tempoh satu bulan selepas akhirnya tahun kewangan

2. Peranan dan Perkhidmatan di Peringkat Kawasan
  • Semua wakil rakyat dikehendaki menubuhkan pusat perkhidmatan dengan seorang pekerja sepenuh masa untuk menerima aduan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat. Rekoh haruslah dibuat dan semua aduan dikendalikan d=secara profesional. Wakil rakyat boleh melantik pembantu atau wakil Parti dalam kawasannya untuk membantu aktiviti hariannya, tetapi mereka harus memantau dan menjalankan tindakan susulan untuk memastikan kecekapan dalam perkhidmatan masyarakat      

  • Semua wakil rakyat dikehendaki melawat kawasan mereka secara kerap untuk mewujudkn hubungan baik dengan rakyat

  • Semua wakil rakyat dikehendaki mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi rakyat dan mana-mana perkhidmatan awam yang boleh diperbaiki, seperti kesihatan, pendidikan dan infrastruktur. Di samping itu, wakil-wakil rakyat dikehendaki mengetahui rangka kerja dan prosedur kerajaan supaya boleh berkhidmat dengan lebih baik. Wakil rakyat juga harus memastikan bahawa janji-janji BN ditunaikan

  • Semua wakil rakyat dikehendaki menyimpan rekod mengenai prestasi kerja dan program-program untuk rakyat. Wakil rakyat juga harus menyediakan sebuah pelan pembangunan selama 5 tahun untuk kawasan mereka sendiri untuk dikemukakan kepada Pengerusi badan pemantau wakil rakyat MCA dalam tempoh 3 bulan selepas dipilih

3. Kesetiaan kepada Parti

  • Semua wakil rakyat dikehendaki mematuhi Tatakelakuan MCA dan BN untuk menjaga imej dan disiplin Parti

  • Semua wakil rakyat secara automatic akan menjadi ahli-ahli perwakilan di peringkat Pusat, Negeri dan Bahagian, dan mereka haruslah menghadiri mesyuarat dan aktif dalam perbincangan dan proses membuat keputusan

  • Semua wakil rakyat dikehendaki menyokong resolusi-resolusi dan projek Parti yang dijalankan MCA Pusat dan Negeri. Mereka dikehendaki mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan Bahagian MCA masing-masing

  • Semua wakil rakyat dikehendaki mengekalkan hubungan baik dengan Bahagian Parti dalam kawasan mereka, serta dengan MCA Negeri

  • Semua jawatan kerajaan yang diperuntukkan akan diputuskan oleh barisan kepimpinan Parti dan MCA berhak menggantikan mana-mana calon dari semasa ke semasa. Oleh itu, Semua wakil rakyat dikehendaki akur kepada semua keputusan oleh kepimpinan Parti