Garis Panduan Calon-Calon Pengerusi Jawatankuasa dan Pegawai Pembangunan Kampung Baru MCA

Pada Selasa    01-11-2016 11:43:00

Garis Panduan Calon-Calon Pengerusi Jawatankuasa Kampung Baru MCA

1.Pengerusi Jawatankuasa Kampung Baru

1.1   Pengerusi jawatankuasa kampung baru yang dilantik Parti tidak boleh memegang jawatan tersebut lebih daripada 12 tahun, atau berumur 65 tahun ke atas (Oleh kerana kerajaan negeri telah menetapkan keperluan yang berlainan, Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri masing-masing akan membuat keputusan mengenai lantikan);

1.2   Ahli-ahli Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Senator tidak boleh memegang jawatan pengerusi jawatankuasa kampung baru

2. Kriteria Minimum untuk Calon-Calon yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kampung Baru

2.1   Calon tersebut mestilah bermaustatin, atau bekerja, atau aktif dalam kampung tersebut;

2.2   Calon mestilah ahli seumur hidup MCA dan telah menjadi ahli untuk lebih daripada 3 tahun;  

2.3   Calon mestilah sekurang-kurangnya tamat pengajian di sekolah menengah dan mampu bertutur dalam Bahasa Malaysia supaya boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat berkomunikasi dan menjalankan tanggungjawab dengan berkesan;

2.4   Calon mestilah menghadiri dan melengkapkan kursus-kursus berkenaan yang dianjurkan Parti dan kerajaan;

2.5   Calon mestilah aktif dalam Parti dan masyarakat tempatan, dengan rekod perkhidmatan yang baik

2.6   Calon mestilah berkhidmat dengan setia dan menghadiri semua mesyuarat kampung-lampung baru tanpa kekangan peribadi;

2.7   Setiausaha kepada Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Pegawai Pembangunan Kampung Baru, Pegawai Informasi, dan ahli-ahli majlis tempatan dan daerah tidak layak menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kampung Baru

3. Pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Kampung Baru

3.1   Jawatankuasa Perhubungan Negeri masing-masing akan menubuhkan jawatankuasa pemilihan untuk menjalankan sesi temuduga dengan semua calon;

3.2   Memandangkan kerajaan negeri masing-masing menetapkan keperluan yang berbeza, Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA akan membuat keputusan atas isu-isu yang berkaitan dengan: pencalonan ahli-ahli untuk jawatankuasa pemilihan, kriteria pemilihan calon, dan cara-cara ujian lisan dan temuduga dijalankan. Ibu Pejabat MCA akan menyeragamkan skop ujian yang akan digunakan oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri;


4. Tugas-Tugas Asas

4.1   Memantau pembangunan kampung baru masing-masing dan menyelesaikan masalah-masalah tempatan dan bersedia mengadakan mesyuarat;

4.2   Memantau penggubalan dasar-dasar, mengukuhkan komunikasi antara jabatan-jabatan dengan penduduk-penduduk kampung, memahami keperluan penduduk kampung, merangka dasar-dasar pembangunan, dan memantau pelaksanaan projek untuk memastikan ia tidak melanggar dasar dan tidak berat sebelah;

4.3   Memberi perkhidmatan baik kepada semua penduduk dalam Bahagiannya dalam semua hal berkenaan dengan kerajaan tempatan, dan mampu bekerjasama dengan ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada setiap masa;

4.4   Menghadiri semua mesyuarat, taklimat dan perhimpunan Parti yang penting, dan mempromosikan aktiviti Parti dengan sebaik-baiknya;

4.5   Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas dan kerja-kerjanya;

4.6   Merealisasikan matlamat Parti untuk memupuk budaya politik yang sihat dengan sebaik-baiknya.

5. Peruntukan Am

5.1   Ahli-ahli Parti yang ingin meletak jawatannya mesti menghantar surat peletakan jawatan kepada pihak berkuasa berkenaan, Pengerusi Bahagian dan ibu pejabat MCA dan menyatakan sebab-sebabnya; satu salinan juga mesti dikemukakan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri pada masa sama;

5.2   Tertakluk kepada Garis Panduan ini, Parti berhak mengarahkan seseorang ahli Parti yang memegang jawatan awam untuk meletak jawatan jikalau dia gagal menjalankan tugasnya dengan baik, berkelakuan memalukan, melanggar tatatertib Parti atau disabit jenayah berat;

5.3   Dalam kes-kes tertentu di mana kepentingan Parti didahulukan, Jawatankuasa Pusat/ Majlis Presiden boleh membuat pelarasan atau pindaan kepada Garis Panduan ini.

 ================================================================================

Garis Panduan Calon-Calon Pegawai Pembangunan Kampung Baru MCA 

1. Pegawai Pembangunan Kampung Baru

1.1   Pegawai-pegawai pembangunan kampung baru yang dilantik Parti tidak boleh berumur 60 tahun ke atas

2. Kriteria Minimum untuk Calon-calon Pegawai Pembangunan Kampung Baru

2.1   Calon mestilah bermaustatin, atau aktif bekerja untuk Parti dalam kampung baru tersebut;

2.2   Calon mestilah seorang ahli seumur hidup MCA, dan telah menjadi ahli Parti untuk lebih daripada 3 tahun;

2.3   Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya sijil SPM dan lulus Bahasa Malaysia. Calon mesti mampu bertutur dalam Bahasa Malaysia supaya boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat dan menjalankan tanggungjawab dengan berkesan;

2.4   Calon mesti melengkapkan kursus-kursus berkenaan yang dianjurkan Parti dan kementerian;

2.5   Calon mesti aktif dalam Parti dan masyarakat tempatan, dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;  

2.6   Calon mesti berkhidmat dengan setia dan menghadiri semua mesyuarat yang diadakan oleh kampung baru, Bahagian MCA dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri tanpa kekangan peribadi;    

2.7   Senarai calon-calon Pegawai Pembangunan Kampung Baru (yang baru atau dilanjutkan lantikannya) mesti diserahkan oleh Bahagian dan ditemuduga oleh jawatankuasa pelantikan yang ditubuh Jawatankuasa Perhubungan Negeri; Ibu Pejabat MCA akan membuat keputusan terakhir

3. Pemilihan Pegawai Pembangunan Kampung Baru

3.1   Jawatankuasa Perhubungan Negeri akan menubuhkan sebuah jawatankuasa pemilihan untuk menemuduga semua calon;

3.2   Calon-calon yang disyorkan mesti lulus sesi temuduga atas keupayaan bahasanya dan mampu menjalankan tugas dengan berkesan;  

3.3   Penyandang jawatan yang ingin melanjutkan lantikannya mesti lulus penilaian KPI yang ditetap Jawatankuasa Perhubungan Negeri.

4. Tugas-Tugas Asas

4.1   Menghadiri semua mesyuarat di peringkat Bahagian dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri. Membantu merangka projek-projek pembangunan kampung baru dalam Bahagian dan memantau pelaksanaan projek

4.2   Memberi perkhidmatan baik kepada semua penduduk dalam Bahagiannya dalam semua hal berkenaan dengan kerajaan tempatan, dan mampu bekerjasama dengan ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada setiap masa;

4.3   Menghadiri mesyuarat, talkimat dan perhimpunan penting dan membantu mempromosikan aktiviti Parti dengan sebaik-baiknya;

4.4   Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas dan kerja-kerjanya;

4.5   Merealisasikan matlamat Parti untuk memupuk budaya politik yang sihat dengan sebaik-baiknya.

5. Peruntukan Am

5.1 Ahli-ahli Parti yang ingin meletak jawatannya mesti menghantar surat peletakan jawatan kepada pihak berkuasa berkenaan dan menyatakan sebab-sebabnya; satu salinan juga mesti dikemukakan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri pada masa sama;

5.2 Tertakluk kepada Garis Panduan ini, Parti berhak mengarahkan seseorang ahli Parti yang memegang  jawatan awam untuk meletak jawatan jikalau dia gagal menjalankan tugasnya dengan baik, berkelakuan memalukan, melanggar tatatertib Parti atau disabit jenayah berat;

5.3 Dalam kes-kes tertentu di mana kepentingan Parti mesti didahulukan, Jawatankuasa Pusat/ Majlis Presiden boleh membuat pelarasan atau pindaan kepada Garis Panduan ini.