Tatakelakuan untuk Ahli-Ahli MCA

Pada Selasa    01-11-2016 11:53:00

Untuk berfungsi sebagai sebuah parti politik yang dihormati semua, reputasi dan imej parti perlulah dipertahankan oleh semua ahli-ahlinya. Oleh itu, ia penting bahawa keteraturan, kesopanan dan disiplin parti dikekalkan pada setiap masa. Untuk mencapai matlamat tersebut, semua ahli dikehendaki mematuhi tatakelakuan yang berikut:

1)      Tugas dan Tanggungjawab

  • Semua ahli dikehendaki mematuhi Perlembagaan Parti dan Tatakelakuan keahlian
  • Semua ahli dikehendaki melaksanakan dasar-dasar Parti secara ikhlas
  • Semua ahli dikehendaki menyokong, mengambil bahagian dan bekerjasama menjalankan aktiviti-aktiviti Parti
  • Semua ahli dikehendaki mempertahankan nama baik dan imej Parti
  • Semua ahli dilarang mendedahkan perkara-perkara sulit yang dibincangkan semasa mesyuarat Parti
  • Semua ahli dilarang menuduh atau mengkritik Parti, barisan kepimpinannya dan ahli-ahli lain tanpa bukti
  • Semua ahli dikehendaki menghormati dan akur terhadap keputusan yang dibuat Parti, dan tidak akan membuat pendirian yang bertentangan secara umum melalui media atau apa apa-apa cara sekalipun
  • Semua ahli dikehendaki menyelesaikan apa-apa pertikaian melalui saluran Parti yang sesuai
  • Ahli-ahli yang memegang status Penduduk Tetap negara lain tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pilihan raya umum, ataupun memegang jawatan Senator dan ahli Majlis Perbandaran dan Daerah
  • Semua pemimpin, ahli serta agen-agen dan penyokong mereka tidak dibenarkan mendapat sokongan ahli-ahli melalui pemberian wang, makanan percuma, percutian dan hadiah, menjanjikan jawatan-jawatan Parti atau kerajaan dan lain-lain lagi yang boleh dianggap sebagai politik kewangan rasuah politik

2)      Kewangan dan Pengedalian Aset

  • Pemegang-pemegang jawatan Parti di semua peringkat haruslah mengendalikan kewangan dan aset Parti secara berhemah
  • Bendahari dan Pengerusi/ Setiausaha di semua peringkat Parti hendaklah menjadi penandatangan bersama akaun bank
  • Pemegang jawatan di semua peringkat Parti haruslah mengemukakan penyata kewangan dan laporan aset kepada Bendahari Agung. Laporan ini haruslah ditandatangan oleh kedua-dua Bendahari dan Pengerusi/ Setiausaha
  • Sebaik sahaja keputusan pemilihan Parti diumumkan, para pemegang jawatan yang bakal keluar tidak dibenarkan mengeluarkan apa-apa wang daripada akaun bank dan dikehendaki menyerahkan semua penyata kewangan, laporan aset dan dokumen-dokumen lain kepada pemegang jawatan yang baru dalam tempoh 7 hari selepas keputusan pemilihan Parti diumumkan
  • Pengendalian semua aset dan kewangan Parti haruslah selari dengan Perkara XVII Perlembagaan Parti       
3) Pemilihan Parti 

Semua ahli-ahli yang layak berhak bertanding untuk apa-apa jawatan Parti selaras dengan Perlembagaan Parti. Ahli-ahli lain tidak dibenarkan menghalang atau menhentikan ahli-ahli yang layak daripada bertanding. Peraturan-peraturan tersebut haruslah dipatuhi:

  • Ahli-ahli yang bertanding atau berkempen untuk calon-calon lain harulah memastikan bahawa pemilihan Parti dijalankan dengan adil
  • Apa-apa kenyataan atau propaganda (melalui internet, sistem pesanan ringkas dan e-mel) yang digunakan semasa tempoh pemilihan Parti haruslah berdasarkan pencapaian calon-calon pada masa dahulu atau sekarang, dan dasar-dasar atau hala tuju calon. Kenyataan yang memutarbelitkan atau menuduh tanpa asas adalah dilarang
  • Ahli-ahli yang menghadiri apa-apa acara yang dianjurkan Ibu Pejabat Parti semasa tempoh pemilihan Parti haruslah mematuhi arahan Ibu Pejabat mengenai penginapan, makanan dan isu-isu logistik
  • Apa-apa pertikaian yanf timbul semasa pemilihan Parti akan dibawa ke Jawatankuasa Pemandu Pemilihan Parti Ibu Pejabat untuk diselesaikan. Pertikaian-pertikaian tidak haruslah dibawa ke media atau pihak umum

4) Pilihan Raya Umum

  • Ahli-ahli dibenarkan mencadangkan diri sendiri sebagai calon untuk Pilihan Raya Umum melalui saluran yang betul. Walaubagaimanapun, semua ahli haruslah menyokong calon bagi kerusi Parlimen dan Dewang Undangan Negeri yang dipilih Parti
  • Ahli-ahli tidak dibenarkan menyokong atau berkempen untuk pembangkang dalam apa jua cara, termasuk kempen rumah ke rumah, mengutip derma, meletakkan kain rentang dan mencetak bahan publisiti untuk calon pembangkang
  • Ahli-ahli tidak dibenarkan mengambil bahagian atau menyokong aktiviti-aktivit yang dianjurkan pihak pembangkang