PRU14: MCA sedia tebus kegagalan dua pilihan raya sebelum ini
Langkah perkenal semula sekolah aliran Inggeris perlu perbincangan menyeluruh  

Tiada kuota kaum kemasukan kolej vokasional

Pada Rabu    01-11-2017 14:57:00

Kementerian Pendidikan menegaskan pengambilan pelajar bagi kemasukan ke kolej vokasional adalah terbuka kepada semua kaum tanpa peruntukan kuota tertentu untuk mana-mana kaum, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon berkata pada masa ini kerajaan sedang membina lebih banyak kolej vokasional bagi menyediakan lebih banyak tempat untuk pelajar yang berminat mengikuti pembelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional.

Katanya, sejak pelan Transformasi Pendidikan Vokasional diperkenalkan pada 2012, sebanyak 81 kolej vokasional beroperasi di seluruh negara dan 5 buah lagi dalam proses pembinaan.

“Penyediaan tempat baharu untuk latihan vokasional ini tidak melihat kepada kouta, sama ada Melayu, Cina, India, Bumiputera, ia terbuka kepada semua pelajar yang ingin mengikuti kemahiran tersebut,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang ingin tahu usaha kerajaan bagi membantu golongan minoriti seperti masyarakat India untuk ditempatkan ke kolej vokasional.

Terdahulu menjawab soalan asal Kulasegaran mengenai jumlah pelajar yang berjaya menerima Sijil Kemahiran Malaysia, Chong berkata sehingga kini seramai 2,273 graduan kohort pertama 2016 dari 15 kolej vokasional rintis berjaya memperoleh Diploma Kolej Vokasional.

Katanya, seramai 12,997 graduan kohort ke-2 pula menerima diploma sama pada Ogos tahun ini.

“Sebanyak 90.58% daripada 2,273 pada 2016 bekerja manakala sebanyak 55.49% daripada 12,997 pelajar kohort ke-2 pada tahun ini ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian mereka," katanya. 

-Free Malaysia Today-

Berita Berkatian

Langkah perkenal semula sekolah aliran Inggeris perlu perbincangan menyeluruh

MCA bidas Perkasa, UEC diiktiraf Oxford

Memperkasakan ICT di sekolah

Kempen HOC dedah program aturcara komputer di sekolah

Kurang satu peratus pelajar sekolah pernah mencuba dadah