2 Februari 2018

Kenyataan Media Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Dato’ Sri Ti Lian Ker

Beza Sahabat dan Saudara dalam Politik

Pernah dikatakan apabila bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Musa Hitam sudah tidak sehaluan dengan Dr. Mahathir dan sudah diuar-uarkan berganding dan bergabungkuasa dengan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh untuk mencabar Mahathir , Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri gagal mendapatkan ahli jemaah Menteri lain untuk “menghadap” beliau.

Dari sanalah Mahathir sedar pentingnya pengaruh dan kuasa kedua-dua kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kewangan. Selepas itu Mahathir terus mengambil ailh jawatan Menteri dalam kedua-dua kementerian ini untuk mengukuhkan genggaman politik beliau dalam kerajaan dan parti setelah nyaris-nyaris dikalahkan oleh cabaran gandingan regu Ku Li- Musa Hitam. Inilah realiti mainan kuasa politik di mana kuasa merisik dan kewangan adalah faktor penting dalam menarik dan manakutkan seseorang untuk menyokong atau akur pada pemimpin.

Berbalik kita kepada tajuk sahabat dan saudara. Musa Hitam telah meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno dengan harapan majoriti Ahli Majlis Tertinggi akan menyokongnya dalam perang dingin Musa dan   Mahathir. Musa menyalahkan kumpulan AIDs (Anwar Ibrahim, Sanusi Junid dan Daim Zainuddin ) yang mengelingi Perdana Menteri sehingga dia sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak berupaya menjalankan tugasnya.

Apabila Musa Hitam gagal dalam politiknya untuk menjatuhkan Mahathir , barulah beliau sedar siapakah “sahabat” beliau dan siapakah “saudara” politiknya.

Apakah beza sahabat dan saudara dalam politik?

Saudara politik biasanya mendukung kita dengan niat dan agenda politik mereka untuk mendapatkan atau memperolehi sesuatu melalui sokongan dan dokongan mereka.

Saudara politik akan bersama dan berusaha untuk mendampingi kita hanya semasa kita kuat atau berupaya memberi keuntungan atau menafaat pada mereka.

Mereka akan memisahkan atau melarikan diri kiranya kita jatuh atau tidak dapat menolong atau membantu politik mereka lagi dan akan beredar mencari bumbung baru. 

Sahabat politik pula adalah orang yang akan bersama-sama dalam naik-turun politik dan kerjaya politik kita tanpa mengira untung-rugi politik dan kerjaya mereka. Dalam susah payah cabaran atau tekanan, mereka tetap akan bersama atas setiakawan dan persahabatan mereka dengan kita.

Sahabat politik sanggup menanggung pahit-pedih dan kerugian serta pengorbanan atas nama persahabatan.

Itulah beza politik MCA dan DAP. “Saudara“ Lim Kit Siang adalah saudara politik kepada semua yang dapat membawa keuntungan dan menafaat politik pada dirinya atau parti DAP beliau. “Saudara” Anwar Ibrahim yang menjadi sasaran DAP sebagai orang yang mengislamkan pentadbiran dan kerajaan BN. Anwar telah kerap kali menjadi kecaman dan sasaran DAP sehinggalah Anwar “converted” dan dijadikan “saudara baru” dan mulai bersaudara dengan DAP dan Saudara Lim Kit Siang.

Inilah contoh politik tidak mengenal kawan atau lawan bila ada kepentingan bersama dan seterusnya mendedahkan ketidak ikhlasan perjuangan dan kritikan mereka sebelumnya.

Parti PAS pun pernah dijadikan “saudara baru” DAP melalui Semangat 46 atau Tengku Razaleigh sebagai orang tengah. Maka perhubungan DAP dan PAS diadakan melalui perikatan dua kumpulan politk yakni Angkatan Perpaduan Ummah yang dianggotai PAS, Semangat 46, Hamim, Berjasa dan Kimma dalam Gagasan Rakyat yang dipelopori DAP, Semangat 46 dengan beberapa parti lain.

Kerja sama mereka berakhir apabila PAS menuntut Ketua Pembankang seharusnya diberi pada seorang Muslim. PAS menuntut supaya Ketua Pembankang yang sebelum ini diduduki DAP dikosongkan dan Lim Kit Siang terpaksa berundur sebagai Ketua Pembankang.

Setelah itu, DAP “bertalak tiga” dan bercerai dengan PAS oleh kerana ketidak puasan akar-umbi terhadap tuntutan PAS. DAP menarik diri dari kerjasama dengan PAS di bawah Gagasan Rakyat sehinggalah kemunculan Anwar Ibrahim yang disingkir dari parti Umno dan dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sekali lagi DAP berkerjasama dengan PAS dalam perikatan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat. Perhubungan mereka adalah secara tidak “halal” dalam undang-undang pertubuhan kerana tidak didaftarkan.

Kalau dahulumya Tengku Razaleigh menjadi orang tengah PAS dan DAP, kini Anwar Ibrahim pula yang meminang bagi pihak mereka dan DAP dengan PAS kembali “ bersekedudukan” atas bumbung Barisan Alternatif walaupun DAP pernah mengutuk PAS kerana ketidak sanggupan menolak niat penubuhan negara Islam mereka dan PAS pernah mengkafirkan dan enggan berkerjasama dngan kafir DAP.

Malangnya persaudaraan dan “perkahwinan” DAP dengan PAS hanyalah semasa dan dalam musim pilihanraya sahaja. Bila mendekati musim pilihanraya, DAP akan mencari orang tengah untuk melamar PAS dan setelah itu DAP akan cerai bertalak tiga dengan PAS kerana mereka sememangnya mempunyai nafsu dan selera politik yang jauh berbeda serta jurang perbezaan yang besar.

Pada 21 September 2001, DAP mengumumkan pengundurannya dari BA apabila kerjasama mereka dengan PAS ditolak oleh penyokong DAP.

Maka DAP bercerai dan berpisah dengan PAS sekali lagi apabila DAP mengalami kekalahan teruk kerana penyokong mereka tidak dapat menelan kerjasama DAP dengan PAS sehingga mendiang Karpal Singh dan supremo Lim Kit Siang pun dikalahkan dalam kawasan kubu kuat mereka di Jelutong dan Bukit Bendera , Pulau Pinang.

Inilah rekod persaudaraan DAP dan PAS yang boleh bersaudara dan bermusuh mengikut musim dan kepentingan politik. Saudara politik biasanya renggang perhubungan mereka sehingga mereka tidak berani “menghalalkan” perhubungan mereka dengan mendaftar diri atau bertanding atas satu lambang parti yang sama. Saudara politik biasanya berbau “opportunist” dan perhubungan mereka adalah sementara sahaja untuk melepaskan nafsu dan berahi politik.

Perhubungan DAP dengan parti Melayu dan Islam adalah berlandaskan politik “saudara” baru. Ini adalah berbeza dengan politik erat persahabatan dan kekariban MCA dan Umno sehinggalah DAP mengeji MCA sebagai pencacai Umno yang menggadai kepentingan orang Cina kepada orang Melayu. MCA tetap setiakawan dan bersama Umno walaupun masa Umno berpecah dan diharamkan. Apabila Umno diharamkan, MCA mempengerusikan Barisan Nasional dan menerima Umno Baru sebagai anggota komponen serta menyerah kembali kedudukan kerusi pada tokoh politik Melayu. Lain pula DAP yang merajuk dan “bertalak tiga” bila dipaksa PAS untuk menggundurkan diri dan memberi laluan Ketua Pembankang kepada seorang Melayu.

Inilah persahabatan MCA dalam setiakawan perjuangan yang menghurmati realiti dan sensitivi pengundi Melayu dan agama Islam. MCA tetap mempunyai DNA “sahabat” dalam politik tanahair walaupun MCA kehilangan sokongan undi Cina atas provokasi politik DAP kerana MCA memahami “complexity” politik negara dan tidak sanggup “risk” atau meletak ketenteraman dan keharmonian rakyat berbilang kuasa dalam “jeopardy” seperti DAP semata-mata untuk merampas kuasa.

Maka MCA akan tetap dengan politik sahabat dan bukannya politik ala “Saudara Lim Kit Siang” yang boleh menukar rentak dan rima mengikut kesesuaian masa dan selera.

Maka MCA mengucapkan “Selamat Bersaudara” DAP dengan saudara baru mereka yang pernah dikutuk, dikecam dan dicaci sehingga berjanji dengan rakyat bermacam-macam semasa berkempen memancing undi!

Antara janji DAP ialah memenjarakan “Saudara Baru” mereka, Mahathir Mohamad apabila DAP berkuasa nanti.

Inilah DAP!

Dato’ Sri Ti Lian Ker
Jurucakap Publisiti MCA
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA

-MCA online-