Projek Ibu Bahagia 2017

Pada Khamis    02-06-2016 16:58:00

Pengenalan

Pada 10 Januari 2017, Jawatankuasa Pusat MCA telah menerima pakai resolusi untuk meneruskan pemberian “angpow” bernilai RM200 kepada semua ibu-ibu yang telah bersalin pada tahun 2017  berdasarkan syarat-syarat berikut:-

Syarat-Syarat

  1. Semua bayi yang dilahirkan dari 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017 layak menerima “angpow” bernilai RM200 dengan syarat bahawa salah satu daripada ibu bapanya adalah ahli MCA yang sah setakat 31 Disember 2015 dan yuran keahlian telah dibayar sehingga tahun 2017.
  2. Tarikh bersalin mesti selepas tarikh permohonan keahlian dilulus
  3. Bagi keahlian baru yang dilulus pada tahun 2015, mereka mesti menjadi ahli sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum layak untuk projek tersebut.
  4. Satu salinan Sijil Kelahiran bayi, dan satu salinan MyKad (depan dan belakang) ibu dan bapa mesti dilampirkan bersama-sama dengan borang permohonan

 

Catatan

  1. Setelah permohonan disahkan, Ibu Pejabat MCA akan membuat pembayaran melalui e-bayaran.
  2. Ibu Pejabat MCA berhak meminda syarat-syarat pada bila-bila masa
  1. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web MCA di www.mca.org.my

 

Soalan-soalan yang sering ditanya

1. Bolehkah seseorang memohon untuk angpow tersebut jika keahliannya belum dilulus?

Tidak Boleh
 

 2. Bagaimana memohon untuk angpow tersebut?

Mana-mana ahli yang layak dikehendaki mengemas kini maklumat peribadinya dalam borang dan melampirkan bersama satu salinan Sijil Kelahiran dan MyKid (depan dan belakang) anaknya, serta satu salinan MyKad (depan dan belakang) ibu dan bapa  

 
3.      Bolehkah seorang memohon untuk angpow tersebut jika keahliannya dilulus selepas 31 Disember 2015?

Tidak Boleh. Mereka mesti menjadi ahli untuk sekurang-kurangnya 3 tahun.

 
4.      Bolehkah saya muat turun boring dari laman web?

Ya, borang boleh dumuat turun dari www.mca.org.my.

 
5.      Siapakah boleh menjadi saksi seperti yang dinyatakan dalam borang kemaskini keahlian?

a)      Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Setiausaha Organisasi dan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita Cawangan/ Bahagian/ Negeri masing-masing

b)      Ahli Parlimen/ Ahli Dewan Undangan Negeri

c)      Setiausaha Eksekutif Negeri atau Bahagian

d)      Staf Ibu Pejabat MCA

 

 6.      Berapa lama tempoh permohonan untuk angpow tersebut, dan bagaimana bayaran akan dibuat?

Sebaik sahaja Ibu Pejabat mengesahkan permohonan, angpow akan diberi melalui e-bayaran

 
7.      Bilakah tarikh terakhir untuk menyerahkan boring permohonan?

31 Mac 2018

 
8.      Pertanyaan

Sekretariat Wanita MCA, Ibu Pejabat MCA – Taffy Chan (03-2203 3880).

 
9.      Dimana borang yang lengkap boleh dihantar?

Borang serta lampiran yang diperlukan mesti dihantar kepada: 

Ibu Pejabat MCA (Sekretariat Wanita MCA)
Tingkat 7, Wisma MCA
163, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur


MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN