2 Jun 2017

Kenyataan Media Setiausaha Organisasi MCA Pulau Pinang

DAP enggan bina, BN bina!

Setiausaha Organisasi MCA Negeri Pulau Pinang merangkap Setiausaha MCA Bahagian Bagan Dr Tan Chuan Hong membidas DAP adalah sebuah parti yang cakap tak serupa bikin dan merupakan sebuah parti yang tidak berintegriti.

Menurutnya, DAP tidak dapat merealisasikan janji-janji manis pada 308 dan 505 yang lalu, di mana DAP pernah berjanji mahu membina semula rumah di tempat bagi penduduk Rumah Hijau di Mak Mandin, sehinggakan penduduk tersebut tiada rumah dan terpaksa berpindah dari tempat asal mereka.

Beliau berkata walaupun BN kalah pada 308 dan 505 dan hilang kerusi di DUN Bagan Jermal, tetapi demi prinsip utama “Rakyat Didahulukan”, BN tidak pernah mengabaikan sesiapa pun dan meneruskan usaha demi kepentingan rakyat, ini dapat dibuktikan melalui pembinaan PPR.

Kerajaan Persekutuan dibawah Barisan Nasional sedang membina 70 unit PPR Mak Mandin, kerana  pada masa itu percaya janji manis DAP yang boleh membina rumah di tempat asal kepada mangsa yang terbabit.

Semasa kempen pilihanraya pada 505, dalam perbahasanya, calon DAP berjanji sekiranya menang dalam pilihanraya membolehkan 70 buah pulih seperti biasa, membina rumah di tempat asal dan memastikan kebajikan mereka diteruskan.

Walau bagaimanapun, selepas menang dalam pilihanraya, masih tidak dapat melaksanakan janji-janjinya, malah kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Barisan Nasional menunaikan janji kepada 70 isi keluarga tersebut dan tetap menjaga kepentingan mereka, membina sebuah PPR dan membelanjakan sebanyak RM 9 juta yang mempunyai 11 tingkat, 70 unit dan tempat parkir sebanyak 77 unit, 2 tempat parkir khas OKU serta berpuluh-puluh tempat letak motorsikal.

Pada mulanya, PPR berkenaan menetapkan 21 bulan untuk disiapkan, akan tetapi disebabkan masalah teknikal saliran membabitkan kerja-kerja terpaksa ditangguhkan sehingga tarikh persiapan dijangka pada bulan Mac 2018.

Selepas kerja pembinaan siap, ia akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membuat edaran, oleh itu Dr Tan Chuan Hong menyeru 70 isi keluarga yang berkenaan supaya membuat permohonan dengan Kerajaan Negeri, bagi mengelakkan unit-unit yang berkenaan jatuh kepada kroni-kroni DAP. Tambahan lagi, beliau berkata 70 isi keluarga yang berkenaan haruslah mematuhi syarat-syarat, ini kerana PPR adalah dibekalkan kepada penghuni yang memerlukan, penghuni hanya membayar RM 124.00 sebulan sahaja.

Berkenaan dengan khabar angin yang mengatakan unit tersebut boleh dapat menerusi saluran yang lain, beliau menyeru orang awam jangan terpedaya dan percaya dengan khabar angin tersebut, walaupun kos pembinaan adalah RM 130 ribu, malah ia tidak akan dijual dengan harga tinggi, malah hanya untuk membayar RM 124.00 sebagai sewa, dan sekiranya mahu dijual, akan dijual dengan harga RM 30 ribu sehingga RM 35 ribu.

Dr Tan Chuan Hong menegaskan sekali lagi supaya jangan percaya dan jangan terpedaya dengan khabar angin, sehinggakan “Kangtau” dijadikan rumah dan wang akan hilang.

-MCA online-