‘Secara kebetulan?’ soal Ka Siong
Kebajikan rakyat dipotong, tetapi masih ada peruntukan untuk perlumbaan F1?  

MCA Tanjung Piai ikut kata pucuk pimpinan BN

Pada Rabu    02-10-2019 14:20:00

MCA Tanjung Piai akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam aspek pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, bulan depan.

Ketua MCA bahagian itu, Datuk Seri Wee Jeck Seng, yang juga bekas Ahli Parlimen kawasan berkenaan, menyedari wujud desakan beberapa pihak supaya kerusi itu diserahkan kepada UMNO tetapi menganggapnya sebagai kebebasan bersuara.

“Semua orang ada hak membuat tuntutan, namun kita perlu faham prosedur operasi standard (SOP) yang diamalkan BN. BN mempunyai cara dan saluran membuat keputusan mengenai calon pilihan raya termasuk PRK.

“BN akan membuat perbincangan di peringkat negeri dan pusat sebelum keputusan mengenai calon diumumkan pucuk pimpinan, maka kita tunggu keputusan itu dan kita akur,” katanya keputusan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Jefridin Atan, yang mendesak kerusi Parlimen itu diserahkan kepada parti berkenaan kerana yakin mampu memenanginya pada PRK akan datang.

Jefridin dilaporkan berkata, 88 ketua cawangan dalam UMNO Bahagian Tanjung Piai meluluskan resolusi desakan berkenaan dalam mesyuarat Sabtu lalu.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan 16 November ini susulan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 43, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang meninggal dunia di Hospital Pontian, Johor, pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Allahyarham yang juga Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tanjung Piai, memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan majoriti 524 undi selepas menewaskan Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS).

Sementara itu, Jeck Seng ketika ditanya mengenai sentimen ahli MCA di kawasan itu mengenai calon yang sesuai, enggan mengulas lanjut mengenainya dan mengulangi tetap akur dengan keputusan pucuk pimpinan BN.

BH difahamkan, wujud desakan daripada akar umbi MCA yang mahu parti itu meletakkan calon bertanding di kerusi berkenaan walaupun UMNO mula melobi mendapatkan kembali kerusi berkenaan.

Ahli akar umbi MCA dikatakan mahu presiden parti bertegas dan tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak yang mahu mengambil kerusi berkenaan.

Keyakinan itu timbul berikutan kekalahan tipis Jeck Seng kepada Dr Md Farid dengan perbezaan 524 undi pada PRU-14.

-Berita Harian-

Berita Berkatian

Peguam Negara digesa tidak merampas kuasa mahkamah – Dakwa suspek kes gangguan seksual tahfiz dengan segera!

Kebetulan ke pengumuman RTS ditangguhkan sehingga sehari sebelum penamaan calon PRK Tanjung Piai?

Kenyataan Tun M sekadar permainan psikologi - MCA

Reaksi berbeza calon pilihan raya usia 18 tahun

MCA tangguh AGM