DAP Pulau Pinang tidak menjaga keselamatan rakyat, tidak menghormati nyawa, demi menunjukkan kekuasaan
Salahkah graduan kita menjaja nasi lemak dan menjadi pemandu Uber?  

Kerjasama MCA-GERAKAN bukan sekadar “ad-hoc”, tetapi akan berterusan

Pada Rabu    03-01-2018 15:24:00

Sebagai rakan kongsi dalam Barisan Nasional, MCA dan Gerakan tetap teguh bekerjasama, bukan sahaja untuk mememangi semula kerusi yang tewas semasa pilihan raya umum yang sebelum ini, tetapi juga untuk menyokong satu sama lain di semua aktiviti, dari peringkat pusat hingga ke negeri dan bahagian. Inilah mesej yang ditekankan semasa sidang media bersama yang dipengerusikan Setiausaha Agung kedua-dua parti tersebut, iaitu Dato’ Seri Ong Ka Chuan mewakili MCA, dan Datuk Liang Teck Meng mewakili Gerakan.

Sepertimana yng dijelaskan Ka Chuan semasa sidang media mengenai perhimpunan tersebut yang akan diadakan pada Sabtu, 6 Januari 2018, “Ia penting untuk kami cuba mengintegrasikan kedua-dua parti kami untuk bekerjasama pada PRU yang akan datang, dan kerjasama kami bukan sahaja di peringkat atasan sahaja, tetapi merangkumi semua peringkat hingga ke akar umbi. Acara ini menandakan kerjasama antara MCA dan Gerakan.”

Ka Chuan, yang juga ahli Parlimen Tanjung Malim, menekankan bahawa kerjasama tersebut bukan satu perkara baharu di antara komponen-komponen BN. “Sebelum ini, dibawah kepimpinan Tun Dr Lim Keng Yaik, saya pernah menghadiri acara beliau di Beruas. Pada masa itu, beliau berkata bahawa MCA dan Gerakan harus bekerjasama menghadapi PRU, terutamanya dalam aktiviti-aktiviti politik. Kerjasama inilah yang kami sedang meningkatkan hari ini.”

Mengenai jumlah kehadiran yang dijangka pula, Liang berkata, “MCA merupakan tuan rumah. Walaupun kami (Grakan) menerima permintaan daripada akar umbi kami yang ingin hadir, tetapi kerana ruang terhad, Gerakan akan menghantar antara 800 hingga 900 peserta, di mana selebihnya, iaitu kira-kira 1,000 orang akan datang dari MCA.”

Menjawan soalan mengenai kerjasama bersama untuk PRU14, Ka Chuan berkata bahawa “kami akan mengadakan perhimpunan tersebut di Ibu Pejabat MCA sebagai permulaan. Pada masa depan, aktiviti serupa mungkin akan diadakan di peringkat negeri dan bahagian.”    

Beliau menjelaskan lagi bahawa “apa yang penting ialah di mana Gerakan bertanding, MCA akan memobalisasikan ahli-ahli kami di kawasan tersebut untuk membantu calon Gerakan menang. Begitu juga di kawasan MCA, di mana Gerakan akan menggerakkan akar umbi mereka untuk membantu MCA menang.”

Apabila ditekankan lagi mengenai perbezaan kerjasama MCA-Gerakan berbanding kerjasama dengan kmpone-komponen BN yang lain, Ka Chuan menjelaskan bahawa “sepertimana dengan komponen BN yang lain, kami di MCA dan Gerakan akan menggerakkan akar umbi kami di kawasan yang bukan ditandingi kami, contohnya di mana MIC atau UMNO bertanding, kami juga akan membantu mereka.”

Apabila ditanya mengapa MCA dan Gerakan menganjurkan perhimpunan tersebut, Liang mengimbas kembali kepada pilihan raya negeri Sarawak pada 2011 dan 2017, di mana DAP hanya memangi 7 kerusi tahun lepas berbanding 15 kerusi pada 2011. “Ini membuktikan bahawa ada parti BN yang bekerja dengan senyap. Ada juga parti yang pandai bercakap dan menipu.”  

Rakyat Sarawak telah bangkit! Rakyat Semenanjung harus ikut bersama!

“Mengapa Gerakan?”Liang kemudian menjelaskan sifat pragmatik kerjasama tersebut, yang memanfaatkan kedudukan MCA dalam masyarakat Cina, dan mengharapkan rakyat Cina di Semenanjung Cina akan belajar daripada pengalaman masyarakat Cina Sarawak.

“Kami akan bertanding 13 kerusi DUN dan 4 kerusi Parlimen di Pulau Pinang. Di Semenanjung, Pulau Pinang merupakan kubu kami. Inilah sebab mengapa kami mahu bekerjasama dengan MCA kerana MCA merupakan parti politik berasaskan kaum Cin yang terbesar di Malaysia. Kami mahu memberitahu rakyat Sarawak bahawa rakyat sudah bangkit. Mereka tahu, tetapi tidak di Semenanjung Malaysia.”

Perhimpunan MCA-Gerakan Teguh Bersama memberi peluang kepada kedua-dua parti untuk membentangkan pencapaian kami di bawah program transformasi BN. “Melalui perhimpunan ini, kami ingin menyampaikan pencapaian kami yang akan disimpulkan oleh kedua-dua Presiden kami dalam ucapan mereka masing-masing. Kami ingin memberitahu rakyat Semanjung apa yang kami telah lakukan.”

Ka Chuan juga menjelaskan bahawa kerjasama MCA-Gerakan ini bukanlah hanya untuk PRU14. “Kami merupakan parti komponen BN. Jadi saya berharap bahawa kerjasama ini akan berterusan, dan bukannya ‘ad-hoc’. Tiada sebab untuk kami terus dipisahkan. Saya berharap perhimpunan ini akan mengeratkan lagi hubungan MCA-Gerakan.”

Mengenai dasar kerajaan dan pelaksanaannya, Ka Chuan berkata bahawa “lami akan mengguna pakai Strategi Laut Biru demi memanfaatkan BN dan negara secara keseluruhan.”

Turut hadir di sidang media tersebut adalah Naib Presiden Senator Dato’ Dr Hou Kok Chung dan Ketua Biro Publisiti dan Media Baharu Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

-MCA online-

Berita Berkatian

Gabungan MCA-Gerakan: Bukan retorik politik semata-mata

PRU14: MCA, Gerakan tekad raih keputusan terbaik

‘Parti berasaskan kaum masih relevan, MCA-Gerakan tak gabung’

Tiada penggabungan MCA dan Gerakan, hanya kerjasama rapat

MCA, Gerakan anjur perhimpunan khas bersama