DAP terdesak raih simpati umum Ayer Hitam sebagai kayu ukur
MCA mahu Tun M, Anwar juga disiasat  

Tiada sebab perlu minta maaf pada Guan Eng…- kata Wee

Pada Sabtu    03-02-2018 16:44:00

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Ir Wee Ka Siong mempersoalkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang meminta dirinya untuk membuat permohonan maaf berhubung isu projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di negeri itu.

Menurut Ka Siong, tiada sebab untuk dirinya meminta maaf kerana segala bukti yang telah diberikan jelas menunjukkan bahawa China Railway Construction Corporation (CRCC) bukan pihak yang terlibat dalam konsortium.

" Kerajaan Pulau Pinang sudah enam kali termasuk Guan Eng sudah empat kali menyatakan CRCC adalah salah satu syarikat yang terlibat di dalam projek tersebut, tapi akhirnya telah hilang status dalam syarikat tujuan khas (SPV).

" Saya turut nak bertanya kepada Guan Eng, bagaimana surat komitmen (acknowledgement of commitment) yang ditandatangani oleh CRCC dikatakan sebagai surat perjanjian kerana ia merupakan surat sokongan," katanya dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi lama Facebooknya pada Jumaat malam.

Terdahulu, Guan Eng meminta Ka Siong membuat permohonan maaf kerana mempersoalkan dokumen perjanjian CRCC dan Beijing Urban Construction Group (BUCG) berkaitan projek terowong dasar laut disetem (stamping) atau tidak.

Ka Siong yang juga merupakan Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, stamping yang terdapat di dalam surat perjanjian itu tiada kena mengena dengan CRCC kerana mereka bukanlah pihak yang terlibat dengan perjanjian awalan projek ini dibuat.

"CRCC hanya memberi surat sokongan yang mana ia merupakan lampiran di dalam perjanjian awalan tetapi akhirnya Guan Eng telah mendedahkan menerusi laporan pada muka surat 173, bahawa CRCC hanya dilantik sebagai kontraktor utama sahaja. Jadi, sekarang siapa yang putar belit?

"Guan Eng menyatakan CRCC merupakan salah satu pemegang saham tetapi kenapa cakap tidak serupa bikin? Apa yang dilakukan dalam perjanjian tidak menggambarkan apa yang diumumkan oleh kerajaan negeri. Sila jawab," katanya.

Ka Siong turut menyelar tindakan Setiausaha Agung DAP itu yang dilihat sengaja ingin mengelak daripada menjawab soalan utama yang diajukan berkaitan CRCC yang tidak disenaraikan sebagai pihak yang terlibat dalan SPV.

"Guan Eng cuba elak soalan pokok yg saya ajukan dan sekaligus mengakui CRCC tidak wujud dalam SPV. Jika tiada CRCC dan BUCG sebagai SPV, bagaimana projek ini dapat tepati syarat yang ditetapkan sekurang-kurangnya memerlukan RM381 juta sebagai modal pembayaran. Tolong jawab. Jika tidak jawab, itu namanya cuba mencari tipu helah, " katanya.

Pertikaman lidah antara dua orang pemimpin itu mula tercetus apabila Ka Siong mempersoalkan penglibatan syarikat fesyen yang disenarai menjadi pemegang saham SPV dalam projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

-Agenda Daily-

Berita Berkatian

MCA Pulau Pinang yakin raih keputusan baik

Liow minta Guan Eng jawab isu terowong

Guan Eng alih isu terowong dasar laut

Takkan Lim Guan Eng tidak tahu

LGE henti jadi burung kakak tua