Penghargaan Kepada Veteran 2016

Pada Jumaat    03-06-2016 12:45:00

Pengenalan

Pada 10 Januari 2017, Jawatankuasa Pusat MCA telah membuat keputusan bahawa semua ahli parti yang berumur 60 tahun setakat Januari 2017 akan diberi “angpow” bernilai RM100 sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan sokongan mereka kepada Parti:-

Syarat-Syarat

  1. Semua ahli Parti yang sah dan yang telah membayar yuran keahlian sehingga tahun 2017 setakat 31 Disember 2014, dan dilahirkan pada tahun 1957 atau lebih awal, dan berumur 60 tahun ke atas layak utuk menerima angpow tersebut
  2. Ahli-ahli yang telah memohon untuk angpow ini pada tahun lepas tidak layak menerimanya lagi
  3. Bagi keahlian baru yang dilulus pada tahun 2015, mereka mesti menjadi ahli sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum layak untuk angpow tersebut.
  4. Ahli-ahli yang layak perlu mengisi borang permohonan “Penghargaan kepada Veteran MCA” dan lampirkan bersama satu salinan MyKad (depan dan belakang)

 

Catatan

  1. Ibu Pejabat MCA akan menggunakan e-bayaran selepas permohonan disahkan

  2. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web MCA di www.mca.org.my

  3. Tarikh terakhir untuk menghantar borang permohonan "Penghargaan Kepada Veteran MCA" adalah 31 Disember 2017.

  4. Semua borang lengkap dan salinannya mesti dihantar kepada:
    Ibu Pejabat MCA (Sekretariat Penghargaan Untuk Veteran)
    Tingkat 8, Wisma MCA
    163, Jalan Ampang
    50450 Kuala Lumpur
     
  5. Untuk apa-apa pertanyaan, sila hubungi Ibu Pejabat MCA, no telefon: 03-2203 3888.

  6. Ibu Pejabat MCA berhak meminda syarat-syarat pada bila-bila masa

 

Soalan-soalan yang sering ditanya

1. Bolehkah seseorang yang bukan ahli tetapi berumur 60 tahun ke atas memohon untuk angpow tersebut?

MCA mengalu-alukan sesiapa yang layak untuk memohon menjadi ahli Parti
 

 2. Adakah seorang ahli baru yang berumur 60 tahun ke atas boleh memohon untuk angpow tersebut?

Tidak. Mereka mesti menjadi ahli untuk sekurang-kurangnya 3 tahun

 
3.  Bolehkah seorang memohon untuk angpow tersebut jika keahliannya belum dilulus?

Tidak Boleh. 


4.   Bagaimana saya boleh memohon untuk angpow tersebut?

Ahli-ahli yang layak dikehendaki melengkapkan borang dan melampirkan satu salinan MyKad (depan dan belakang)

5.    Bolehkah borang kemas kini keahlian dimuat turun dari laman web?

Ya, borang-borang yang diperlukan boleh dimuat turun di www.mca.org.my

 
6.      Siapakah boleh menjadi saksi seperti yang dinyatakan dalam borang kemaskini keahlian?

a)      Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Setiausaha Organisasi dan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita Cawangan/ Bahagian/ Negeri masing-masing

b)      Ahli Parlimen/ Ahli Dewan Undangan Negeri

c)      Setiausaha Eksekutif Negeri atau Bahagian

d)      Staf Ibu Pejabat MCA

 

 7.      Berapa lama tempoh permohonan untuk angpow tersebut, dan bagaimana bayaran akan dibuat?

Sebaik sahaja Ibu Pejabat mengesahkan permohonan, angpow akan diberi melalui e-bayaran

 
8.      Bilakah tarikh terakhir untuk menyerahkan borang permohonan?

31 Disember 2017

 
8.      Pertanyaan

Sila hubungi Seksyen Pendaftaran, Ibu Pejabat MCA – 03-2203 3804/3806/3807/3808

 
9.      Dimana borang yang lengkap boleh dihantar?

Borang serta lampiran yang diperlukan mesti dihantar kepada: 

Ibu Pejabat MCA (Sekretariat Penghargaan Untuk Veteran)
Tingkat 8, Wisma MCA
163, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur


Muat Turun Borang