Skim Insuran Berkelompok 1MCA

Pada Jumaat    03-06-2016 18:44:00

Pengenalan

Pada 10 Januari 2017, Jawatankuasa Pusat MCA telah membuat keputusan untuk membeli satu polisi insurans berkelompok untuk semua ahli Parti untuk menjamin perlindungan insurans bagi mereka mengikut syarat-syarat tersebut:-

  1. Keluarga ahli Parti yang meninggal dunia melalui kemalangan akan menerima RM10,000 bersama dengan elaun perkabungan sebanyak RM2,000 sepertimana yang diinsuranskan
  2. Keluarga ahli yang meninggal dunia bukan disebabkan kemalangan akan menerima elaun perkabungan RM2,000 sahaja
  3. Tuntutan sebanyak RM5,000 akan diberi kepada ahli Parti yang hilang upaya sementara
  4. Tuntusan sebanyak RM10,000 akan diberi kepada ahli Parti yang hilang upaya kekal
Jumlah premium skim insurans tersebut akan ditanggung oleh Ibu Pejabat MCA untuk membolehkan ahli-ahli menerima manfaat secara percuma

Syarat-syarat

1.   Kelayakan Pemohon

  1.  Ahli-ahli yang telah diinsuranskan setakat 31 Disember 2016 akan terus menerima manfaat dibawah skim sedia ada
  2. Had umur akan ditetapkan dari 18-80 tahun untuk ahli-ahli sedia ada yang sah setakat 31 Disember 2015 dan telah membayar yuran keahlian sehingga tahun 2017, bagi mereka yang memohon dari 1 Januari 2017 (ahli-ahli yang dilahir pada atau sebelum tahun 1937)
  3. Bagi mereka yang keahlian dilulus pada tahun 2015, mereka mesti menjadi ahli sekurang-kurangnya 3 tahun untuk layak menerima manfaat ini
  4. Mana-mana orang yang keahliannya telah ditarik balik, ditamatkan atau digantung tidak layak untuk skim ini  

2.   Cara Memohon

  1. Para pemohon mesti lengkapkan borang “Skim Insurans Berkelompok 1MCA” and hantarnya ke Sekretariat Ibu Pejabat MCA. Borang mesti dilampirkan bersama dengan:
    1. Satu salinan MyKad pemohon (depan dan belakang)
    2. Satu salinan MyKad benefisiari/penama (depan dan belakang)
  2. Borang yang tidak lengkap akan ditolak
  3. Borang boleh dimuat turun sini

3.   Penguatkuasaan Polisi Insuran

  1. Polisi tersebut akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017
  2. Perlindungan polisi ini berkuatkuasa sebaik sahaja Syarikat Insurans menerima resit dan borang yang diperlukan

4.   Bayaran Jumlah Diinsuranskan

  • Meninggal dunia akibat kemalangan : RM10,000.00

  • Hilang Upaya Kekal Menyeluruh      : RM10,000.00
    1. Kehilangan dua-dua tangan atu kaki, atau hilang penglihatan di dua-dua mata
    2. Kehilangan satu tangan dan satu kaki
    3. Kehilangan satu tangan atau kaki, dan hilang penglihatan di satu mata
    4. Lumpuh keseluruhan, atau terlantar kekal
    5. Hilang upaya kekal sehingga tidak boleh hadirkan diri untuk kerja
    6. Hilang selama satu tahun kerana sebab-sebab tertentu
  •  Hilang Upaya Kekal Separa             : RM5,000.00
    1. Kehilangan satu tangan atau satu kaki
    2. Hilang penglihatan di satu mata
  • Elaun perkabungan                           : RM2,000.00

Pengecualian:

Polisi ini tidak meliputi tuntutan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, atau akibat dari:-

a)   Mengambil bahagian dalam sukan/ pertandingan yang berbahaya seperti memburu, atau mendaki gunung yang memerlukan kegunaan tali atau malim, penerbangan kecuali sebagai penumpang atau krew dalam kapal terbang yang berlesen, sebarang jenis perlumbaan kecuali yang menguji kaki, kepantasan dan keandalan, paying terjun, hang gliding, sukan-sukan dimana peserta harus menerokai gua bawah tanah, menyelam, mengambil bahagian dalam sukan musim sejuk, meluncur, dan memanjat dinding bata

5.    Penama/ Benefisiari

  1. Mesti berusia 18 tahun ke atas
  2. Mesti ahli keluarga terdekat seperti pasangan, anak, ibubapa atau adik-beradik
  3. Bukan seorang yang penagih dadah, penjudi, bankrap atau tidak beretika
  4. Hanya maksimum 2 penama dibenarkan (peratus yang diterima mesti dinyatakan dengan jelas)

6.   Saksi-Saksi

  1. Boleh terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Setiausaha Organisasi, Ketua Pemuda, dan Ketua Wanita Negeri/ Bahagian/ Cawangan masing-masing
  2. Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri, atau ahli majlis tempatan
  3. Setiausaha Eksekutif Negeri dan Bahagian masing-masing
  4. Staf Ibu Pejabat MCA

7.   Langkah-Langkah Membuat Tuntutan

  1. Penama/ benefisiari mesti menghantar Borang Tuntutan dalam tempoh 30 hari selepas berlakunya kehilangan upaya/kematian kepada Ibu Pejabat MCA untuk disah dan dihantar kepada Syarikat Insurans untuk diproses. Borang Tuntutan boleh dimuat turun di www.mca.org.my

  2. Ahli-ahli MCA yang menerima manfaat harus memberitahu dan menghantar boring tuntutan kepada Ibu Pejabat MCA sebelum tarikh yang tertera di bawah, demi membolehkan syarikat insurans menguruskan tuntutan tersebut.
  • Kematian/ kemalangan yang berlaku di antara 1 Januari hingga 28 Disember 2017

            Tarikh akhir membuat tuntutan: 31 Disember 2017

  • Kematian/ kemalangan yang berlaku di antara 29 Disember hingga 31 Disember 2017

           Tarikh akhir membuat tuntutan: 5 Januari 2018

         Dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan bersama:

    1. Elaun Perkabungan
    • Sijil Kematian
    • Satu salinan MyKad/Pasport benefisiari (depan dan belakang)
    • Satu salinan Penyata Bank atau Buku Akaun benefisiari
    1. Meninggal Dunia kerana Kemalangan
    • Sijil Kematian
    • Sijil/ Laporan Kesihatan atau Laporan Bedah Siasat
    • Laporan Polis
    • Lesen Memandu (Jika melibatkan kemalangan jalan raya)
    • Satu salinan MyKad/Pasport benefisiari (depan dan belakang)
    • Satu salinan Penyata Bank atau Buku Akaun benefisiari
    1. Hilang Upaya Menyeluruh/ Kekal
    • Sijil/Laporan Kesihatan
    • X-ray (Jika ada kecederaan serius di bahagian badan)
    • Gambar yang menunjukkan kecederaan/ amputasi di badan  
    • Laporan Polis (Jika ia melibatkan kemalangan jalan raya)
    • Lesen Memandu (Jika ia melibatkan kemalangan jalan raya)
    • Satu salinan MyKad/ Pasport benefisiari (depan dan belakang)
    • Satu salinan Penyata Bank atau Buku Akaun benefisiari

Semua bayaran tuntutan akan dibuat melalui e-bayaran kepada benefisiari setelah disahkan oleh Syarikat Insurans bahawa semua butir-butir (termasuk akaun bank) dan dokumen adalah betul dan lengkap

8.   Pertanyaan

  • Sekretariat Ibu Pejabat Skim Insurans Berkelompok - Kee Yong Seng (03-2203 3921)
  • Demi mengelak tuntutan lewat, Ibu Pejabat MCA meminta bahawa semua ahli yang bertanggungjawab mengendalikan MGIS harus memberitahu Ibu Pejabat apabila mendapat tahu mengenai apa-apa kematian/ kemalangan dan menyertakan nama dan nombor MyKad ahli tersebut melalui WhatsApp/ SMS kepada 011-1237 2697 atau emel kepada insurance@mca.org.my, dan hantar borang tuntutan dan melampirkan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan kepada Ibu Pejabat MCA.

  • Semua borang lengkap dan salinannya mesti dihantar kepada : 

              MCA HQ - MGIS Secretariat
              9th Floor, Wisma MCA
              163, Jalan Ampang
              50450 Kuala Lumpur

**Tolong sebarkan informasi tersebut kepada semua ahli parti, dan memberitahu Ibu Pejabat mengenai tuntutan-tuntutan berkaitan sebelum 31 Disember 2017 untuk membolehkan syarikat insurans menguruskan tuntutan tersebut.

**Ibu Pejabat MCA berhak meminda syarat-syarat tersebut tanpa makluman

Muat turun Borang Permohonan

Muat turun Borang Tuntutan

Muat turun Borang Yuran Keahlian