Skim Pinjaman Mikro-Kredit untuk Belia 1MCA

Pada Jumaat    03-06-2016 22:28:00

Butir-butir pinjaman adalah seperti berikut:

1. Siapa boleh memohon?
Mana-mana warganegara Malaysia yang berumur antara 21-40 tahun. Para pemohon mestilah menjadi ahli KOJADI dengan saham awal berjumlah RM110 termasuk yuran keahlian

2. Apakah tujuan pinjaman mikro kredit?
i) Untuk mengembangkan perniagaan.
ii) Untuk membiayai kos permulaan perniagaan baru
iii) Kegunaan lain tertakluk kepada kelulusan Lembaga dari semasa ke semasa (dengan dokumen-dokumen sokongan).

3. Tempoh pinjaman mikro-kredit?
Dari 1 tahun hingga 5 tahun. (Sila rujuk lampiran di bawah)

4. Berapakah kadar siling pinjaman?
RM5,000 hingga RM50,000.

5. Berapakah bayaran yuran pemprosesan?
Yuran pemprosesan dan pentadbiran adalah 1% dari jumlah pinjaman yang dilulus, atau jumlah minimum RM200 (mana-mana jumlah yang lebih tinggi). Bayaran akan ditolak daripada jumlah pinjaman yang dilulus (tidak termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan GST)

6.Berapa kadar faedah yang akan dicaj untuk pinjaman yang dilulus?
Kadar faedah tahunan 4.0%, dengan bayaran ansuran bulanan yang ditetapkan (Sila rujuk lampiran di bawah)

7. Bagaimana seorang peminjam boleh membuat bayaran ansuran bulanan?
Bayaran boleh dibuat setiap bulan di pejabat KOJADI atau dibayar terus ke dalam akaun bank yang ditetapkan oleh KOJADI.

8. Adakah seorang peminjam mesti menyediakan seorang penjamin? Apakah kelayakan yang diperlu oleh seorang penjamin?
i) Ya, sebaik-baiknya seseorang penjamin adalah ahli keluarga pemohon
ii) Penjamin mstilah warganegara Malaysia berumur antara 21-55 tahun.
iii) Bagi jumlah pinjaman RM20,000 ke bawah : 1 penjamin dengan gaji bulanan tidak kurang daripada RM3,500, atau 2 penjamin dengan gaji bulanan tidak kurang daripada RM2,000 masing-masing
Bagi jumlah pinjaman RM20,000 ke atas : 2-3 penjamin dengan gaji bulanan tidak kurang daripada RM3,500 masing-masing

9. Bolehkah pemilik perniagaan bersama memohon untuk skim ini?
Individu ataupun pemilik perniagaan bersama boleh memohon (Tetapi permohonan tidak boleh dibuat atas nama syarikat kerana pinjaman ini hanya untuk ahli-ahli KOJADI)

10. Bolehkah ahli-ahli MCA, atau ibu bapa tunggal yang mempunyai perniagaan memohon untuk skim ini?
Ya! Merit tambahan akan diberi kepada ahli-ahli MCA/ pemimpin-pemimpin NGO/ ibu bapa tunggal untuk penilaian kredit yang dibuat semasa proses permohonan

11. Apakah langkah-langkah untuk memohon?
i) Lengkapkan Borang Permohonan Mikro Kredit dan Borang Keahlian KOJADI
ii) Hantarkan 2 salinan MyKad pemohon dan penjamin yang telah disahkan
iii) Hantarkan 1 gambar bersaiz pasport pemohon dan penjamin
iv) Hantarkan salinan bil telefon, elektrik dan air untuk rumah dan pejabat pemohon yang paling baharu
v) Salinan sijil pendaftaran peniagaan pemohon
vi) Cadangan perniagaan/ Pengurusan Akaun/ Penyata Untung dan Rugi
vii) Hantarkan salinan bukti pendapatan pemohon dan penjamin yang telah disahkan (Borang Cukai Pendapatan B/BE atau Borang EA atau Penyata KWSP)
viii) Borang permohonan yang sebaik-baiknya telah menerima sokongan Bahagian MCA/ Cawangan MCA/ Lain-lain persatuan pemuda Cina yang berkaitan

12. Dimanakah saya boleh mendapat borang permohonan
Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web MCA (www.mca.org.my) atau laman web KOJADI (www.kojadi.my)

13. Dimanakah harus say menghantar borang permohonan?
Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI)
Tingkat 11, Wisma MCA,
163 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

 
Tel    : 03 – 2161 6499
Faks    : 03 – 2161 2840
Emel : microcredit@kojadi.com.my

14. Bolehkah seorang peminjam memohon untuk pinjaman ini sekali lagi?
Ya. Apabila pemohon telah melunaskan hutangnya, dia boleh memohon untuk skim ini sekali lagi

 

Muat turun borang permohonan

Muat turun borang ganti/ tambah penjamin