2 September 2019
Kenyataan Media Jawatankuasa Pemantau Kerajaan (GMC) MCA dan Jawatankuasa Perundingan Pendidikan MCA
24 cadangan untuk memperhalusi program sarapan percuma
Jawatankuasa Pemantau Kerajaan MCA dan Jawatankuasa Perundingan Pendidikan MCA mengalu-alukan Program Sarapan Percuma (PSP) yang dicadangkan Kementerian Pendidikan , dan telah menyediakan 24 cadangan merangkumi 6 aspek untuk memperhaluskan program tersebut.
Pendirian GMC dan Biro Pendidikan
Kami mengalu-alukan insiatif kerajaan ini kerana ia:
- Mengurangkan beban kewangan ibu bapa
- Memastikan semua pelajar sekolah diberi makanan baik dan tidak kelaparan semasa waktu belajar dalam kelas
Prinsip yang ditegakkan
Program ini perlu dilaksanakan dengan mengambil kira prinsip-prinsip tersebut:
- Program ini harus lebih baik berbanding program yang sedia ada, atau ia tiada gunanya
- Makanan yang dibekalkan harus bersih, segar, dan berkhasiat
- Makanan yang disediakan harus mengambil kira sensitiviti kaum dan agama semua. Pembekal makanan harus menghormati keperluan setiap individu
- Dana untuk program ini harus dikendalikan dengan telus dan diaudit
24 cadangan merangkumi 6 aspek:
1. Pengurusan Dapur
1) Pembekal makanan harus ada pengiktirafan Pengamalan Pengilangan yang Baik (GMP) (Good manufacturing practices)
2) Makanan harus disediakan pada hari sama ia dihidangkan
3) Bungkusan makanan harus disaring dengan “Metal detector” untuk memastikan ketiadaan bahan-bahan kecermalan besi didalamnya
4) Makanan harus disediakan di dalam dapur berkonsep terbuka yang boleh diperiksa ibu bapa dan orang awam
2. Pengurusan Logistik
1) Makanan harus disediakan dan dihidangkan pada hari yang sama, dan dihantar pada hari yang sama
2) Penghantaran makanan dibuat dua kali sehari
3) Dapur berpusat harus ditempatkan dalam negeri yang sama, dan tidak lebih 300 km jauh daripada sekolah
4) Lebihan makanan , dan sisa makanan harus dikumpulkan pada setiap hari
3. Kualiti Makanan
1) Pembungkusan makanan harus ada teknologi pengedap haba
2) Pembungkusan makanan standard dengan label tarikh luput
3) Pembungkusan makanan standard dengan label nutrisi makanan
4) Makanan dihidangkan pada suhu 50-60 Celcius untuk menghalang pertumbuhan bakteria
4. Pengurusan Kewangan dan Akaun
1) Para pelajar harus dikesan secara electronik
2) Akaun dibuka kepada pihak awam setiap tahun
3) Nama pelajar dipamerkan di layan web
4) Jumlah sisa makanan dikaji setiap 3 bulan
5. Pengurusan Pembekal
1) Sistem dwi-pembekal
2) Pembekal makanan menyediakan makanan pada hari alternatif
3) Bungkusan makanan harus berlainan warna untuk mengelak kesilapan menghidangkan lebihan makanan dari hari sebelumnya
4) Kontrak pembekal diperbaharui setiap tahun. Elakkan kontrak yang lebih daripada setahun
6. Kesaksamaan (Malaysia Baharu)
1) Menghormati keperluan makanan semua kaum dan agama
2) Opsyen makanan vegetarian disediakan sebagai pilihan
3) Mengambil kira alahan makanan sensitif seperti minyak kacang atau kacang
4) Mengambil kira keperluan keadaan perubatan minoriti seperti diabetes, intoleransi laktosa, dan penyakit seliak
-MCA online-