3 Oktober 2017

Kenyataan Media Setiausaha Organisasi MCA Negeri Pulau Pinang merangkap Setiausaha MCA Bahagian Bagan Dr Tan Chuan Hong

Dr Tan Chuan Hong: Kerajaan Negeri Pulau Pinang membelanjakan RM 3.9 juta menggantikan pemaju untuk membuka jalan, adakah wujud udang disebalik batu?

Setiausaha Organisasi MCA Negeri Pulau Pinang merangkap Setiausaha MCA Bahagian Bagan Dr Tan Chuan Hong mempersoalkan kerajaan negeri yang telah mengumumkan perbelanjaan sebanyak RM 3.9 juta sebagai membuka jalan sepanjang 700 meter di Jalan P.Patto adalah menggunakan duit rakyat bagi gantirugi kepada pemaju, adakah perbuatan ini mempunyai udang di sebalik batu?

Dr Tan Chuan Hong mengkritik bahawa sebagai sebuah kawasan Parlimen yang mempunyai seorang Ketua Menteri dan 2 orang ahli EXCO yang berkebolehan di Parlimen Bagan ini,  perkara seperti jalan di kawasan ini tidaklah seperti apa yang dipuji “baik” oleh Ketua Menteri  Pulau Pinang, malah apabila JKR di Seberang Perai Utara menjalankan usaha membaiki jalan, ternampak satu pengumuman yang berlaku pada tarikh 31.07.2011, jalan sepanjang 700 meter yang bernama Jalan P Patto yang telah dirasmikan ini masih dimiliki oleh pemaju sehingga sekarang. Tetapi apabila JKR SPU menerima aduan pada 21.09.2017, atas sebab keselamatan jalan, pembaikan jalan telahpun siap pada 26.09.2017.

Oleh itu, Dr Tan Chuan Hong ingin mengemukakan 2 soalan untuk dijawab oleh seorang Ketua Menteri dan 2 orang EXCO, iaitu
1. Kenapa jalan yang dimiliki oleh kerajaan negeri telah digunapakai selama 6 tahun, sehingga sekarang masih dimiliki oleh pemaju? Dan
2. Kenapa jalan yang kini dimiliki oleh pemaju, kerajaan negeri menggunakan duit pembayar cukai untuk dibayar?

Setelah Dr Tan Chuan Hong membongkar kawasan Parlimen Bagan mempunyai 18 jalan yang rosak, sehingga kini  seorang Ketua Menteri dan 2 orang ahli EXCO memilih sikap pekak dan buta untuk berdepan dengan masalah kerosakan jalan, malah masih syok sendiri di atas pentas, serta membuat janji kosong “membuat pembaikan dalam masa 24 jam selepas menerima aduan”. Tetapi sehingga 29.09.2017, iaitu selepas 20 hari, 7 jalan rosak di taman jajahan MPSP, tiada satu pun mendapat pembaikan, sehinggakan paip air mula pecah di Taman Mawar, membazir dan pencemaran air.

Atas sebab-sebab diatas, jelas membuktikan bahawa Ketua Menteri gagal dalam pembaikan jalan, dan janji-janji MPSP juga pecah amanah.

Walaupun Dr Tan Chuan Hong tidak berpuas hati dengan prestasi 2 agensi kerajaan dalam menguruskan pembaikan jalan, tetapi beliau masih ingat dalam pertandingan pembaikan jalan, JKR SPU menang MPSP, malah yang hutang kepada rakyat adalah Ketua Menteri yang maha berkuasa dengan 2 orang ahli EXCO, ini disebabkan mereka masih ego, menyebabkan rakyat terpaksa menggunakan jalan rosak dan menggunakan air yang dicemar.

Beliau menasihatkan seorang Ketua Meteri dan 2 orang EXCO, janganlah asyik menunjukkan diri, malah seharusnya  menjadikan icon untuk dicontohi ramai, dan ini tidak akan mengecewakan undi yang dipilih oleh rakyat pada 308 dan 505.

Dr Tan Chuan Hong
Setiausaha Organisasi MCA Pulau Pinang
Ketua MCA Bahagian Bagan

-MCA online-