MCA Tanjung Piai ikut kata pucuk pimpinan BN
'Isu pemandu mabuk tak boleh dikaitkan dengan hak bukan Islam minum arak'  

MCA: Kenapa 18 tahun boleh bertanding tak boleh mengundi?

Pada Khamis    03-10-2019 14:50:00

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menjelaskan mengapa calon berumur 18 tahun boleh bertanding pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai tetapi rakan seusia  seusia mereka tidak dibenarkan mengundi.

Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong berkata demikian berikutan pindaan undang-undang berkaitan telah diwartakan pada 10 Sept lalu.

"SPR perlu memberi penerangan yang jelas mengenai percanggahan ini yang mana golongan muda pasti tidak sabar untuk melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi.

"Adakah ini disebabkan masalah teknikal? Atau isu kecekapan? Saya percaya ramai orang muda ingin tahu jawapannya.

"Jika pengerusi SPR Azhar Azizan Harun gagal menjelaskan situasi ini sewajarnya, ia akan menjadi satu langkah yang agak tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada pindaan Perkara 47 dan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan umur mengundi diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun, dan membolehkan pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik.

Semakan di laman web pejabat peguam negara mendapati pindaan itu telah diluluskan kerajaan pada 4 September dan telah diwartakan pada 10 Sept.

Bagaimanapun, Azhar berkata golongan muda berumur 18 tahun masih tidak boleh mengundi walaupun mereka boleh bertanding sebagai calon pilihan raya jika pegawai pengurus SPR membenarkannya.

"Penurunan had umur mengundi dari 21 tahun hingga 18 tahun belum dikuatkuasakan. 

"Ia akan dikuatkuasakan apabila diputuskan dan diwartakan pada masa akan datang," katanya ketika mengumumkan tarikh PRK Tanjung Piai.

-Malaysiakini-

Berita Berkatian

Kenyataan Media mengenai isu Lembaga Pelabuhan Labuan menyewa pejabat di KL

Tanjung Piai: BN persoal tindakan PH beri kad SIM prabayar percuma

Jeck Seng bidas PH serang peribadi ketika kempen

Howard Lee sanggup berpolitik kotor demi PPBM

Laporan polis tuduhan rasuah VEP bermotif politik: Jeck Seng