Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata, antara kriteria utama yang diambil perhatian untuk permohonan pertukaran guru tersebut adalah kekosongan jawatan, keperluan matapelajaran di negeri yang dipohon dan kepentingan perkhidmatan.

“Mulai 1 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2018, 11,606 calon guru duka lara telah berjaya dipindahkan mengikut pasangan masing-masing.

“Kementerian Pendidikan sentiasa memastikan isu guru duka lara ini dapat diselesaikan namun terdapat beberapa kriteria yang perlu diambil kira sebelum permohonan mereka diluluskan,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

-Utusan Malaysia-