22 Ogos 2018

Kenyataan media calon MCA untuk PRK DUN Balakong Sdr Tan Chee Teong

Selamat Hari Raya Haji kepada semua umat Islam 

Calon MCA bagi PRK DUN Balakong, Sdr Tan Chee Teong hari ini mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada warga Malaysia yang beragama Islam, dan mengucap selamat menunai ibadah korban.

Beliau mengatakan bahawa perayaan ini yang menekankan kepentingan pengorbanan yang ikhlas dalam agama Islam. Beliau juga melafazkan pendapatnya bahawa sebagai rakyat Malaysia, kita semua harus bersedia berkorban demi kepentingan negara.

Dengan itu, beliau memberi jaminannya untuk sudi mengorbankan masanya demi kepentingan penduduk-penduduk Balakong. Kata beliau,”Saya berjanji akan berkhidmat secara ikhlas demi kepentingan masyarakat di sini, yang merupakan jiran-jiran dan rakan-rakan saya.”Tambahnya lagi, beliau mahu menjadikan kawasan Balakong sebuah tempat yang lebih baik, serta menjamin kebajikan penduduknya.

Beliau juga menyentuh keunikan negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, yang mengamalkan adat dan budaya yang berlainan. Walaupun begitu, Tan juga menekankan bahawa kita semua masih rakyat Malaysia yang saling hormat-menghormati antara satu sama lain, dan inilah nilai yang membolehkan kita menikmati keamanan dan perpaduan.

Beliau sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada umat-umat Islam, dan selamat bercuti kepada rakyat Malaysia!

-MCA online-