17 Mac 2020

Kenyataan Media Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon

Mesyuarat Agung Tahunan bahagian dan cawangan MCA ditangguh

Susulan pengumuman kerajaan melarang perhimpunan ramai, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia juga mengarahkan semua pertubuhan menangguhkan segala bentuk aktiviti sehingga  30 Jun. Majlis Presiden MCA setelah bermesyuarat dan mengambil kira penularan wabak Covid-19 yang semakin serius, memutuskan untuk menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kesemua 188 bahagian serta 3862 cawangan MCA, sehingga diberitahu kemudian.

Keputusan Majlis Presiden untuk menangguhkan AGM ini adalah demi menjaga kesihatan dan keselamatan ahli-ahli. Mengikut jadual asalnya, cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian MCA akan mengadakan AGM masing-masing pada April dan Jun.

MCA akan terus memantau perkembangan wabak ini dan memanggil AGM bagi cawangan dan bahagian pada suatu masa yang sesuai mengikut undang-undang sedia ada serta Perlembagaan Parti.

Ibu Pejabat MCA juga akan ditutup bermula dari 18 Mac sehingga 31 Mac. Sama-samalah kita memerangi wabak Covid-19!

-MCA online-