Yayasan Perubatan 1MCA

Pada Sabtu    04-06-2016 00:08:00

Garis Panduan untuk Yayasan Perubatan 1MCA

1. Objektif

Garis panduan tersebut bertujuan untuk menentukan syarat-syarat dan jenis-jenis bantuan yang dipertimbangkan di bawah Yayasan Perubatan 1MCA

 

2. Syarat-syarat Kelayakan.

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Pesakit yang mempunyai kemampuan kewangan yang terhad untuk membayar perbelanjaan perubatan, dan telah disahkan oleh seorang ahli jawatankuasa Bahagian MCA

3. Jenis-jenis Bantuan

  1. Bantuan separa untuk kos rawatan yang membabitkan kemudahan yang tidak boleh didapati di hospital kerajaan;
  2. Bantuan separa untuk pembelian ubat-ubatan yang tidak boleh didapati di hospital kerajaan;
  3. Bantuan separa untuk pembelian peralatan kesihatan, atau peralatan untuk tujuan pemulihan dan membaik pulih fungsi badan yang tidak boleh didapati di hospital kerajaan; dan
  4. Bantuan separa untuk rawatan kecemasan dan pembedahan di hospital swasta

4. Konsep Bantuan

a.   Bantuan disediakan termasuk kos rawatan, ujian makmal dan ubat-ubatan.

b.   Rawatan dijalankan di Malaysia sahaja

c.   Rawatan tersebut mesti mematuhi garis panduan yang ditetapkan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) yang akan dipinda dan dikemaskini dari semasa ke semasa

d.   Sebagai pelengkap atau menambah usaha kerajaan untuk membantu pesakit miskin

e.   Yayasan hanya menyediakan bantuan sekali sahaja

5. Cara-cara Pembayaran

  1. Bayaran bantuan yang telah dilulus akan dibuat terus kepada pusat perubatan/ pembekal perubatan melalui pesakit dan pemimpin MCA; dan
  2. Bayaran untuk pengangkutan, sara hidup dan penginapan akan dibuat terus kepada pesakit/ pembekal perkhidmatan melalui pesakit dan pemimpin MCA.

6. Jenis-jenis bantuan yang tidak dibekalkan

a.    Rawatan untuk kemandulan/ ketidaksuburan;

b.    Kaedah rawatan baru yang belum dibuktikan keberkesanannya;

c.    Pembedahan plastik untuk tujuan estetik tidak akan dipertimbangkan. Akan tetapi, pembedahan plastik untuk tujuan pemulihan atau membaik pulih fungsi badan akan dipertimbangkan.

7.  Had-had Bantuan

a) Oleh kerana dana yang dikumpul adalah terhad, jumlah maksimum yang akan disumbangkan kepada setiap pesakit akan dihadkan seperti berikut:-:-

i.     Bantuan untuk pesakit yang menerima bantuan daripada dana yang lain akan dihadkan kepada jumlah tidak lebih daripada RM10,000.00

ii.    Bantuan untuk pesakit yang tidak menerima bantuan daripada dana yang lain akan dihadkan kepada jumlah tidak lebih daripada RM20,000.00

b) Untuk pesakit dialisis, bantuan akan dihadkan kepada jumlah tidak lebih daripada RM2,000.00 (hanya untuk prosedur AVF)

c) Pesakit yang mempunyai insuran perubatan tidak layak untuk menerima bantuan.

8.  Dokumen-dokumen Sokongan

Dokumen-dokumen sokongan tersebut mesti dilampirkan bersama-sama dengan borang permohonan:-

  1. Salinan Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran (untuk kanak-kanak);
  2. Laporan perubatan doctor. Laporan tersebut mesti menyatakan jenis sakit, rawatan yang diterima, rawatan yang disyorkan, lokasi dan anggaran kos rawatan;
  3. Surat sokongan daripada seorang ahli jawatankuasa Bahagian MCA; dan
  4. Slip gaji dan penyata KWSP yang terkini (untuk pemohon yang pernah bekerja atau sedang bekerja)

9.  Borang Permohonan

  1. Muat turun borang permohonan.
  2. Hantar borang yang lengkap ke alamat tersebut:-

Cik Christina Seah

Ibu Pejabat MCA
Tingkat 9, Wisma MCA
163, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
No Tel: 03-2203 3916
No Faks: 03-2163 5715
Emel: medical@mca.org.my