4 Julai 2018

Kenyataan Media Naib Pengerusi Wanita MCA Senator Datuk Ong Chong Swen

Kerajaan disaran bantu PKS kurangkan kebergantungan pada pekerja asing

Wanita MCA menggesa kerajaan melaksanakan larangan pekerja asing secara beransur-ansur, di samping menyediakan skim bantuan menyeluruh bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing.

Kerajaan tidak sepatutnya terburu-buru mengambil tindakan melarang pekerja asing. Menggunapakai larangan tersebut secara menyeluruh tidak membawa apa-apa manfaat yang praktikal. Sebaliknya, ia akan melumpuhkan mana-mana industri atau sektor yang bergantung kepada pekerja asing. Kerajaan patut menggubalkan strategi komprehensif untuk membantu industri-industri tersebut, seperti melancarkan beberapa insentif dan memperkenalkan teknologi automasi demi meningkatkan daya saing PKS, yang secara langsung membolehkan PKS bertransformasi dan menambah nilai kepada barangan mereka.

Cabaran-cabaran yang dihadapi PKS pada masa sekarang adalah kekurangan dana untuk mengembangkan perniagaan, kekurangan jalinan ke pasaran antarabangsa, dan kekurangan bantuan kerajaan. Oleh itu, kerajaan digesa menggubal dasar-dasar untuk membantu PKS menjenamakan diri.    

Sebelum ini, PKS terlalu bergantung pada pekerja asing, dan ini menjejaskan kesanggupan PKS untuk beralih ke teknologi automasi. Oleh itu, kerajaan memainkan peranan penting untuk membantu menggalakkan peralihan dari pekerja asing kerana industri-industri sokongan juga sedang mengalih kepada industri yang lebih menekankan kepentingan teknologi dan pengetahuan. 

Senator Datuk Ong Chong Swen
Naib Pengerusi Wanita MCA

-MCA online-