Tatakelakuan untuk Pemegang Jawatan Awam Kerajaan MCA

Pada Jumaat    04-11-2016 17:13:00

Bahagian 1: Garis Panduan untuk Menteri-menteri, exco-exco negeri, calon-calon ahli Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Senator

Menteri

1)      Seseorang ahli yang dicalon dan dilantikkan sebagai Menteri selepas Pilihan Raya Umum tidak boleh memegang jawatan tersebut untuk lebih daripada dua (2) penggal. Bagaimanapun, jikalau seorang Menteri baru dilantik pada bila-bila masa sepanjang kesinambungan Parlimen akibat daripada rombakan Kabinet, menteri tersebut tidak boleh memegang jawatan tersebut untuk lebih daripada sepuluh (10) tahun dari tarikh lantikannya. Had-had ini tidak terpakai kepada Presiden Parti

2)      Had-had tersebut tidak terpakai kepada Presiden Parti kerana tempoh penggal Presiden telah dihadkan kepada Sembilan (9) tahun dalam Perlembagaan Parti

Exco Negeri

1)      Seseorang Exco Negeri yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik boleh memegang jawatan tersebut untuk lebih daripada satu (1) penggal Dewan Undangan Negeri. Bagaimanapun, di tidak dibenarkan memegang jawatan tersebut untuk lebih daripada tiga (3) penggal. Had ini tidak terpakai kepada Ketua Negeri.

2)      Perkara 2.1 tidak boleh dipakai kepada negeri Perlis dan Sabah

3)      Bagi Perlis, exco negeri tidak boleh memegang jawatan tersebut untuk lebih daripada satu (1) penggal Dewan Undangan Negeri dan setelah tamatnya penggal tersebut, seorang ADUN baharu akan dicalonkan untuk jawatan tersebut 

4)      Bagi Sabah, Jawatankuasa Pusat akan mempertimbangkan cadangan yang dibuat Jawatankuasa Perhubungan Negeri mengenai calon Menteri atau Timbalan Menteri

Senator

1)      Seseorang ahli Parti yang dicalonkan sebagai Senator tidak boleh memegang jawatan tersebut untuk lebih daripada satu (1) penggal selama tiga (3)tahun. Walaubagaimanapun, tempoh tersebut boleh dilanjutkan untuk satu (1) lagi penggal di bawah keadaan-keadaan di bawah. Pemilihan calon Senator akan dibuat berdasarkan meritokrasi.

  • Apabila beliau dicadangkan untuk jawatan Presiden atau Timbalan Presiden Dewan Negara
  • Apabila beliau memegang jawatan Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen
  • Apabila beliau dilantik sebagai Ketua Negeri
  • Parti tidak wajib melantik seseorang Senator berdasarkan perkara-perkara berikut:
  • Calon-calon yang bertanding di pilihan raya Parlimen atau DUN tetapi kalah

2)      Bekas ahli-ahli Parlimen atau DUN yang telah berkhidmat selama dua (2) penggal, yang tidak akan:

  1.  Dicalonkan untuk pelantikan Presiden atau Timbalan Presiden Dewan Negara
  2.  Memegang jawatan Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen
  3.  Dilantik sebagai Ketua Negeri

Kriteria Minimum untuk Calon-calon Ahli Parlimen, DUN dan Senator

1)      Kelulusan sekurang-kurangnya sekolah menengah ke atas

2)      Mahir berbahasa dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan berkesan supaya boleh berkomunikasi dan mengambil bahagian dalam mesyuarat, serta melaksanakan tanggungjawab

3)      Mesti menghadiri dan menghabiskan kursus-kursus latihan berkaitan yang dianjurkan Parti

4)      Mesti aktif dalam Parti dan/atau masyarakat dengan rekod perkhidmatan yang baik

5)      Mesti berkhidmat untuk masyarakat dengan ikhlas dan menghadiri mesyuarat tanpa kekangan peribadi

Tugas-tugas Asas seorang Pegawai Awam

1)      Ahli-ahli MCA yang memegang jawatan pegawai awam haruslah melaksanakan tanggungjawab dan tugasnya secara bersungguh-sungguh, termasuk:

  • Menghadiri mesyuarat penting di peringkat kerajan Pusat atau Negeri dan membuat persiapan yang diperlukan. AHli-ahli Parlimen, DUN dan Senator mesti menghadiri semua sesi Parlimen, DUN dan Dewan Negara dan membuat persiapan yang diperlukan.
  • Memantau semua undang-undang berkaitan yang akan diluluskan, dan memantau pelaksanaak undang-undang tersebut untuk mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan atau karenah birokrasi
  • Menghadiri mesyuarat, taklimat dan perhimpunan Parti yang penting
  • Membantu menggalakkan urusan Parti sebaik mungkin
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugasnya, dan ahli-ahli Parlimen, DUN dan Senator akan membentangkan tugas-tugas mereka di mesyuarat Parti peringkat Bahagian masing-masing
  • Mencapai matlamat budaya politik yang sihat untuk Parti sebaik mungkin

Peruntukan-peruntukan Am

1)      Mana-mana ahli Parti yang ingin meletak jawatannya sebagai Pegawai Am harus menghantar surat dengan menyatakan sebab-sebab kepada Presiden Parti

2)      Tanpa mengambil kira apa-apa peruntukan yang berlawanan kepada Garis Panduan tersebut,Jawatankuasa Pusat berhak mengarahkan ahli-ahli Parti yang memegang jawatan pegawai am untuk meletak jawatan jikalau beliau tidak melaksanakan tugasnya dengan baik, atau melakukan perbuatan yang memalukan, atau melanggar disiplin Parti, atau melakukan jenayah serius

3)      Bagi keadaan luar biasa di mana kepentingan Parti didahulukan, Jawatankuasa Pusat/ Majlis Presiden boleh membuat pemindaan yang perlu kepada Garis Panduan ini, ataupun memberi kuasa kepada Presiden untuk membuat demikian

4)      Garis Panduan tersebut akan berkuat kuasa pada 4 Oktober 2005, akan tetapi, had-had terma akan bermula dari tarikh beliau memegang jawatannya

Bahagian 2: Garis Panduan Am untuk calon-calon Pejabat Am MCA - Ahli Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Daerah

Ahli Majlis Daerah

1)      Secara am, pelantikan ahli Majlis Daerah tidak boleh melebihi sepuluh (10) tahun. (Memandangkan negeri-negeri lain mengguna pakai peraturan-peraturan dan dasar-dasar yang berbeza, had tempoh seseorang ahli Majlis Daerah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA masing-masing)

2)      Ahli-ahli Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Senator tidak boleh dilantik sebagai ahli Majlis Daerah pada masa sama

Ahli Majlis Bandaraya, Perbandaraan

1)      Seseorang ahli Parti yang dicalon dan dilantik sebagai ahli Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaraan tidak boleh memegang jawatan tersebut untuk lebih daripada lapan (8) tahun. (Memandangkan negeri-negeri lain mengguna pakai peraturan-peraturan dan dasar-dasar yang berbeza, had tempoh seseorang ahli Majlis Perbandaraan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA masing-masing)

2)      Ahli-ahli Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Senator tidak boleh dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaraan pada masa sama

Kriteria Minimum untuk Calon-calon ahli Majlis Bandaraya, Perbandaraan dan Daerah

1)      Calon mestilah seorang penduduk tempatan, atau bekerja, atau giat dalam Majlis Bandaraya, Perbandaraan dan Daerah yang berkenaan

2)      Calon mestilah seorang ahli Parti seumur hidup, dan telah menjadi ahli sekurang-kurangnya tiga (3) tahun

3)      Calon mestilah fasih dalam Bahasa Melayu untuk membolehkannya mengambil bahagian dan berkomunikasi dalam mesyuarat dan menjalankan tugasnya

4)      Calon mestilah menghabiskan kursus latihan berkaitan yang dianjurkan Parti

5)      Calon mesti giat dalam Parti dan di masyarakat dengan rekod perkhidmatan yang baik

6)      Calon mesti berkhidmat secara ikhlas dan menghadiri semua mesyuaraut Majlis Bandaraya, Perbandaraan atau Daerah tanpa dihalang komitmen peribadi

7)      Setiausaha kepada Menteri, TImbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen, Pegawai Pembangunan Kampung Baru, Pegawai Informasi Medan,  dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tidak boleh dilantik sebagai ahli Majlis Bandaraya, Perbandaraan dan Daerah.

 Kriteria Pemilihan untuk ahli Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Daerah

1)      Jawatankuasa Perhubungan Negeri akan menubuhkan jawatankuasa pemilihan untuk menemu duga calon-calon untuk jawatan ahli Majlis Bandaraya, Perbandaraan dan Daerah MCA

2)      Memandangkan kerajaan negeri masing-masing menetapkan keperluan yang berbeza, Jawatankuasa Perhubungan Negeri masing-masing akan membuat keputusan mengenai isu-isu berkenaan:

a)      Penamaan ahli-ahli untuk jawatankuasa pemilihan

b)      Kriteria pemilihan calon-calon

c)       Cara-cara ujian lisan dan temuduga dijalankan. Ibu Pejabat MCA akan menyeragamkan skop ujian yang akan digunakan oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri

Tugas-Tugas Asas Penjawat Awam

1)      Ahli-ahli MCA yang memegang jawatan awam dikehendaki menjalankan tugas-tugas asas dan tanggungjawabnya, termasuk:

a)      Menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat Bandaraya, Perbandaraan dan Daerah dengan persiapan berkenaan untuk mesyuarat tersebut

b)      Memantau semua undang-undang dan peraturan berkenaan yang diluluskan, dan meneliti pelaksanaannya untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan birokrasi yang tidak diingini

c)       Memberi perkhidmatan yang baik kepada semua penduduk dalam Bahagiannya dalam semua hal berkenaan dengan kerajaan tempatan, dan mampu bekerjasama dengan ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada setiap masa

d)      Menghadiri mesyuarat, taklimat dan perhimpunan Parti yang penting, dan mempromosikan aktiviti-aktiviti Parti dengan sebaik-baiknya

e)      Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugasnya, dan melaporkannya dalam mesyuarat Bahagian

f)       Merealisasikan matlamat Parti untuk memupuk budaya politik yang sihat dengan sebaik-baiknya

Peruntukan Am

1)      Ahli-ahli Parti yang ingin meletak jawatannya mesti menghantar surat peletakan jawatan kepada Pengerusi Bahagian dan menyatakan sebabnya. Satu salinan juga mesti dikemukakan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri pada masa yang sama

2)      Jawatankuasa Pusat berhak mengarahkan seseorang ahli Parti yang memegang jawatan awam untuk meletak jawatan jikalau dia gagal menjalankan tugasnya denga baik, berkelakuan memalukan, melanggar tatatertib Parti atau disabit jenayah berat

3)      Dalam kes-kes tertentu dimana kepentingan Parti mesti didahulukan, Jawatankuasa Pusat/ Majlis Presiden boleh membuat pelarasan atau pindaan kepada Garis Panduan ini, atau memberi kuasa kepada Presiden untuk berbuat demikian

4)      Gairs Panduan ini berkuat kuasa pada 31 Oktober 2005, akan tetapi had tempoh memegang jawatan bermula dari tarikh pelantikannya.

Lampiran A

Skop ujian dan kriteria pemilihan untuk ahli majlis Bandaraya, Perbandaraan dan Daerah

  1. Peperiksaan  Bertulis (Bahasa Cina, Melayu, Inggeris)
  • Menguji pengetahuan calon-calon mengenai Parti (termasuk peringkat Pusat, Negeri dan Tempatan)
  • Menguji pengetahuan calon-calon mengenai isu-isu semasa

 

  1. Peperiksaan Bertulis (Bahasa Melayu) Temuduga - Kaedah Penilaian
  • Menguji penguasaan calon dalam Bahasa Melayu dengan menilai penulisan calon dalam menyelesaikan aduan oleh orang awam

3.

A

Tahap Kefasihan dalam Bahasa Melayu

25%

B

Kualiti Kepimpinan

20%

C

Pengetahuan/Kesedaran Mengenai Parti

20%

D

Pengetahuan Mengenai Jawatan Awam yang Dimohon

10%

E

Kemahiran Perhubungan Awam (Dalam Parti dan dengan NGO)

20%

F

Tahap Prestasi semasa Kempen Pilihan Raya Umum

5%

 

Jumlah

100%

 

Bahagian 3: Garis Panduan Am untuk Calon-Calon Jawatan Awam MCA - Pegawai Penyelaras Kawasan

1)      Pegawai Penyelaras Kawasan

  • Tugas utama Pegawal Penyelaras Kawasan adalah untuk menjalankan tugas-tugas wakil rakyat. Mereka harus menjalankan tugas-tugas mereka sepertimana yang dinyatakan dalam surat lantikan. Selain itu, mereka juga harus membantu Parti dalam persediaan menghadapi PRU supaya Parti boleh memenangi semula kawasan yang dimenang pihak pembangkang
  • Pegawai Penyelaras Kawasan tidak semestinya dipilih menjadii calon wakil rakyat dalam PRU
  • Pegawai Penyelaras Kawasan tidak boleh memegang hawatan awam termasuklah Setiausaha kepada Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen, Pegawai Pembangunan Kampung Baru, Pegawai Informasi, Pengerusi JKKK, dan ahli-ahli Majlis Perbandaraan dan Daerah

 

2)      Kriteria Minimum untuk Calon-calon Pegawai Penyelaras Kawasan

  • Calon mestilah bekerja, atau aktif, dalam kawasan tersebut
  • Calon mestilah seorang ahli Parti seumur hidup, dan telah menjadi ahli untuk lebih daripada 3 tahun
  • Calon mesti mampu bertutur dalam Bahasa Melayu supaya boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat dan berkomunikasi dan menjalankan tugas dengan baik. Tahap pendidikan calon mestilah sekurang-kurangnya habiskan peringkat sekolah menengah
  • Calon mesti menghadiri dan melengkapkan kursus-kursus berkenaan yang dianjurkan Parti.
  • Calon mestilah aktif dalam Parti dan/atau di masyarakat tempatan, dengan rekod perkhidmatan yang baik
  • Calon mestilah komited berkhidmat untuk rakyat dan menghadiri semua mesyuarat tanpa kekangan peribadi

 3)    Pemilihan Pegawai Penyelaras Kawasan

  • Jawatankuasa Perhubungan Negeri akan menubuhkan jawatankuasa pemilihan untuk menemu duga semua calon
  • Memandangkan kerajaan negeri masing-masing menetapkan keperluan yang berbeza, Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA akan membuat keputusan atas isu-isu yang berkaitan dengan: pencalonan ahli-ahli untuk jawatankuasa pemilihan, kriteria pemilihan calon, dan cara-cara ujian lisan dan temuduga dijalankan. Ibu Pejabat MCA akan menyeragamkan skop ujian yang akan digunakan oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri

 4)    Tugas-Tugas Asas Pegawai Penyelaras Kawasan

  • Ahli-ahli MCA yang memegang jawatan awam dikehendaki melaksanakan tugas-tugas asas dan tanggungjawabnya, termasuk:
  1. Memantau dan mengagihkan peruntukan untuk kawasan berkenaan bagi memastikan bahawa semua projek yang dilaksanakan akan memanfaatkan rakyat
  2. Menghadiri semua mesyuarat penting dengan persiapan yang berkenaan untuk mesyuarat tersebut
  3. Memantau semua undang-undang dan peraturan yang diluluskan, dan meneliti pelaksanaannya untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan birokrasi yang tidak diingini
  4. Bekerjasama dengan Bahagian berkenaan untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat. Mereka harus membentangkan laporan kerja mereka di mesyuarat Bahagian
  5. Menghadiri mesyuarat, taklimat dan perhimpunan Parti yang penting, dan mempromosikan aktiviti-aktiviti Parti dengan sebaiknya
  6. Merealisasikan matlamat Parti untuk memupuk budaya politik yang sihat dengan sebaik-baiknya

 5)    Peruntukan Am

  • Ahli-ahli Parti yang ingin meletak jawatan mesti menghantar surat kepada Pengerusi Bahagian dan menyatakan sebab-sebabnya; satu salinan juga mesti dihantar kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri dan Ibu Pejabat MCA pada masa sama
  • Parti berhak mengarahkan seseorang ahli Parti yang memegang  jawatan awam untuk meletak jawatan jikalau dia gagal menjalankan tugasnya dengan baik, berkelakuan memalukan, melanggar tatatertib Parti atau disabit jenayah berat
  • Dalam kes-kes tertentu di mana kepentingan Parti mesti didahulukan, Jawatankuasa Pusat/ Majlis Presiden boleh membuat pelarasan atau pindaan kepada Garis Panduan ini.