Kaum Tionghua di negara ini disaran untuk meneruskan kerjasama dengan orang Melayu terutama yang melibatkan hal politik, bagi membentuk sebuah kerajaan yang baik.

Penasihat MCA Negeri Sembilan Tan Sri Wong See Wah berkata hubungan antara MCA dan parti UMNO sendiri misalnya, telah terjalin sekian lama dan hasilnya sebuah kerajaan yang kukuh dapat dibentuk.

"Kita perlu sedar yang kaum Tionghua adalah minoriti di negara ini. Jadi adalah penting kita menggunakan kebijaksanaan supaya dapat bersama-sama memainkan peranan lebih efektif dalam pentadbiran kerajaan.

"Kita akui dalam pilihan raya lalu MCA ada banyak kelemahan yang membawa kesan buruk kepada parti dan kali ini saya berharap ia dapat diperbaiki, terutamanya dalam mewujudkan perpaduan yang kukuh bersama UMNO bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Kepimpinan PRU-14 MCA Negeri Sembilan di sini, hari ini.