Jumlah sekolah sebagai pusat pengundian belum diketahui – Chong
MCA mahu Tun M, Anwar juga disiasat  

DAP angkuh, komuniti Cina tidak pernah terhutang budi

Pada Isnin    05-02-2018 10:02:00

Komuniti Cina negara ini tidak pernah terhutang budi kepada DAP dan tanggapan parti itu mampu menyapu bersih kerusi pengundi kaum terbabit disifatkan sebagai kenyataan angkuh.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kenyataan DAP yang dianggap angkuh itu disambut pihaknya dengan kesediaan mencabar dan menentang habis-habisan bagi memastikan sokongan komuniti Cina sentiasa bersama MCA dan Barisan Nasional (BN).

"DAP ini terlalu angkuh, mereka lupa bahawa komuniti Cina tidak pernah terhutang budi kepada DAP, sebaliknya parti itu yang bergantung kepada pengundi Cina.

"Kami akan memberitahu komuniti Cina dan penyokong kami daripada berbilang kaum, bahawa kita tidak memerlukan parti yang sombong ini, apatah lagi mereka bukan parti yang membina," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pembukaan Cawangan ke-11 Optimax Eye Specialist Centre di Sri Petaling.

Beliau berkata, pentadbiran DAP Pulau Pinang di bawah kepemimpinan Lim Guan Eng, bukan sahaja kelam kabut dan bermasalah sebaliknya menunjukkan kepemimpinan yang tidak telus.

"Dulu isu penjualan rumah beliau, sekarang timbul pula isu terowong dasar laut yang dijanjikan pada tahun 2013 tapi sampai hari ini kita tidak nampak hasil, sebaliknya dikaitkan dengan rasuah.

"Saya ambil serius isu ini kerana Lim Guan Eng cuba mengelak soalan dan penjelasan yang diminta timbalan saya, ( Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong) mengenai isu terowong berkenaan," katanya.

Sementara itu di majlis berkenaan, 1MCA Medical Foundation (1MCAMF) menerima sumbangan sebanyak RM450,000 dari syarikat korporat bagi membantu merawat pesakit yang kurang berkemampuan termasuk pesakit mata.

Tiong Lai berkata, melalui 1MCAMF bantuan bukan hanya dihulurkan kepada komuniti Cina, sebaliknya turut diberikan kepada semua kaum yang layak berdasarkan kriteria ditetapkan.

"Tahun lalu, 2,700 pesakit dipilih menerima bantuan yayasan. Saya meminta syarikat korporat tampil memberi sumbangan sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

"Mereka yang layak boleh membuat permohonan dan mengisi borang melalui laman web MCA atau ke pejabat Bahagian MCA berhampiran tempat tinggal masing-masing," katanya.

-Berita Harian-

Berita Berkatian

Membuat lawak mengenai kematian satu pantang

DAP bawa 'racun' - MCA

Guna lambang PKR, strategi DAP pancing undi kaum lain

Najib: Jangan terpedaya dengan muslihat DAP tentang ‘tsunami Melayu’

DAP hanya melemahkan kuasa masyarakat Cina