5 Februari 2018

Kenyataan Media Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Dato’ Sri Ti Lian Ker

“UBAH” DAP berubah-ubah...untuk kepentingan politik mereka?

Biasanya kita seronok meminta, menuntut orang berubah tapi bila bab kita untuk berubah...payahlah!

Kepimpinan MCA sudah berubah-ubah sehinggakan kurangnya kesinambungan kepimpinan telah menyebabkan gagalnya MCA menonjolkan “prototype” kepimpinan parti dan dasar.

Sama jugalah kepimpinan BN yang berubah-ubah telah menyebabkan kehilangan keyakinan pada parti kerana gagalnya parti untuk memwujudkan “prototype” kepimpinan baru akibat kekerapan perubahan pucuk pimpinan dan masa yang singkat dan tidak mencukupi untuk memwujudkan prototype parti dan dasar kerajaan pucuk pimpinan yang baru, lebih-lebih lagi kalau bekas pemimpin kacau daun.

Berbanding dengan Tun Dr. Mahathir yang telah mempunyai masa yang mencukupi dalam pemerintahan melebehi 22 tahun , bekas-bekas perdana menteri kita Allahyarham Tunku Abdul Rahman , allahyarham Tun Abdul Razak , allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi tidaklah sempat untuk meninggalkan kesan (khususnya dalam sektor ekonomi) yang mendalam.

Kalaulah Mahathir dapat meninggalkan mercu tanda pemerintahannya dalam bentuk Twin Towers , Putrajaya , industri otomobil Proton dan sebagainya , bekas-bekas perdana menteri tidak sempat atau sanggup membelenggukan rakyat dan negara dengan projek-projek mega yang nyaris-nyaris memufliskan negara disebabkan perbelanjaan projek mega yang keterlampauan dan hutang yang tidak mengenali perbatasan.

Segala-gala keuntungan “petrol-money” Petronas telah dilupuskan dengan projek-projek mega ini yang tidak dapat menyumbang kepada pertambahan pendapatan negara tetapi telah memberi nama, glamor dan legacy kepada kepimpinan Dr.Mahathir.

Bila sampai kepada giliran Tun Abdullah Badawi untuk mempelopori negara setelah Mahathir, sumber pendapatan dan simpanan negara kekurangan sehinggalah ada perkiraan bahawa negara akan menjadi muflis dalam sekian-sekian masa.

Maka Tun Abdullah yang tersekat dan dihadkan oleh sumber pendapatan dan rizab negara yang semakin menguncup terpaksa membatalkan projek-projek boros dan tidak pratikal seperti “crooked bridge” ke Singapura dan sebagainya. Inilah yang menyebabkan Mahathir benggang dan meninggalkan atau keluar sekali lagi dari parti Umno yang dia banyak hutang budi.

Nasib baik PM DAto Seri Najib Razak mempunyai keberanian dan kebijaksanaan politik dan ekonomi untuk membuat keputusan-keputusan dasar dan siasah yang jitu supaya dapat menangani masalah , kemelut dan cabaran negara demi menyelamatkan negara ini dari kemuflisan akibat pentadbiran negara yang terlalu boros , ego dan “gung-ho” sebelum ini.

Dato Seri Najib berani membuat pembaharuan GTP, ETP , NKRA etc dengan niat dan nekad menjadikan negara Malaysia antara negara yang terunggul tanpa mengira kejituan politik (political correctness) dan sanggup mengorbankan politikal populariti beliau sendiri. Kalau Dr.Mahathir membuat projek - projek yang tidak produktif atau menguntungkan rakyat secara langsung, Najib Razak membawa pembangunan kemudahan pengangkutan yang akan menguntungkan sebilangan besar rakyat, anak dan saudara khususnya dipersekitaran bandaraya secara langsung.

Maka pelbagai dasar digubah dan dasar baru diperkenalkan demi kebaikan jangka masa panjang rakyat dan negara. Masa akan menunjukkan Najib membuat perancangan jangka masa panjang yang dapat menafaatkan rakyat secara langsung dan meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan nanti.

Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dengan beraninya memberhentikan subsidi beberapa barangan secara stratejik dan juga cukai GST yang mempunyai populariti sifar. Segala-galanya keputusan yang tidak popular ini dibuat atas desakan perlunya menyelamatkan negara dari menjadi muflis. Siapalah yang tahu tekanan darah dan konflik jiwa yang dihadapi Perdana Menteri dalam membuat keputusan berdasarkan panduan dan nasihat pakar-pakar macro-ekonomi dan bukannya populariti politik semata-mata.

Siapalah yang tidak mahu menjadi popular dan mencari populariti dengan rakyat lebih-lebih lagi seorang perdana menteri yang baru menjawat kerusi penuh risiko politik yang semakin “toxic” dan ramai “haters” yang tengah mencari alasan untuk membenci dan mencaci pemimpin.

Bukan setakat membuat keputusan untuk memperkenalkan GST dan menghentikan subsidi dan sebagainya, Perdana Menteri turut menghapuskan kuota-kuota tertentu demi mesra pelabur yang semakin segan dan menjauhkan diri dari Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka. Keputusan demi kepentingan negara dibuat Najib Razak dengan menanggung risiko dibenci oleh kumpulan-kumpulan ektremis yang antaranya ialah PERKASA yang disokong oleh Tun Dr.Mahathir sendiri.

Namun Najib Razak terus menerus membawa arus perubahan transformasi yang tidak mengenali sensitiviti agama, perkauman dan sebagainya. Semua keputusan yang perlu dibuat demi kesinambungan dan survival rakyat dan negara dibuat mengikut “fact centric” , saintifik dan pendekatan menyelesaikan masalah dengan berani tanpa was-was atau takut pada padah politik.

Inilah “UBAH” yang dibawa oleh Najib Razak secara transformasi yakni secara beransur-ansur mengikut desakan dan tekanan semasa.   Kalau Dr. Mahathir mempunyai 22 tahun untuk merancang , memperkenalkan dan melaksanakan dasar-dasar sementara dan jangkamasa panjang tetapi tidak melakukannya, Najib Razak membuat kata putus secara objektif tanpa malu dan apologetik demi survival rakyat dan negara.

Itulah UBAH yang dipelopori Najib Razak demi negara, bangsa dan muda-tua...

Apa pulak UBAH DAP?

UBAH DAP berubah-ubah.... dari mendokong Malaysian Malaysia atas kesamarataan semua ; dari sosialis kepada opportunis; dari memeluk PAS kepada memeluk puak-puak yang berpecah dari kalangan Melayu seperti Tengku Razaleigh, Anwar Ibrahim , Muhyiddin Yassin dan kini Mahathir Mohamad.

UBAH DAP dulu hingga kini ... dulu mahu ubah jatuhkan Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.... kini ubah kepada kembalikan Mahathir sebagai perdana menteri.

Dato’ Sri Ti Lian Ker
Jurucakap Publisiti MCA
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA

-MCA online-