Kaji secara terperinci laporan Kanvas Belia TN50 - Pemuda MCA
MCA tidak akan hadir muktamar PAS  

MCA umum calon kerusi Parlimen Alor Setar

Pada Isnin    05-03-2018 12:10:00

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengumumkan Setiausaha Organisasi Kebangsaan parti itu Datuk Yoo Wei How sebagai calon bagi kerusi Parlimen Alor Setar pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata calon kerusi DUN Kota Darul Aman pula ialah Naib Pengerusi MCA Bahagian Alor Setar Tan Eng Hwa yang juga seorang peguam.

"Mereka ini disenarai pendek sebagai calon berdasarkan kriteria pemilihan tertentu iaitu disukai, mempunyai komitmen tinggi berkhidmat untuk rakyat, setia kepada parti dan BN (Barisan Nasional) serta sentiasa bergerak cergas pada peringkat akar umbi," katanya selepas mendengar taklimat persediaan pilihan raya daripada MCA Bahagian Alor Setar.

Liow yang juga menteri pengangkutan berkata kedua-dua mereka adalah pasukan penting untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk setempat.

Dalam pada itu, beliau berkata MCA Bahagian Alor Setar telah bersiap sedia sepenuhnya dalam usaha menghadapi PRU14, dengan menggariskan pelbagai strategi yang boleh diguna pakai untuk memastikan kemenangan parti itu, sekali gus memenangkan BN nanti. 

- Bernama

Berita Berkatian

Parlimen Ayer Hitam kekal milik BN

Hormati keputusan 4 parti komponen di Sarawak keluar BN – Wee

MCA tubuh dua jawatankuasa untuk transformasi

Calon termuda MCA mahu cari penyelesaian untuk korupsi

Berwaspada fitnah pembangkang