11 Mac 2020

Kenyataan Media Ketua Pemuda MCA, Sdri Nicole Wong

KBS digesa mendengar suara belia dan memberi peruntukan semula kepada Majlis Belia Malaysia

Di bawah pentadbiran Pakatan Harapan dahulu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menghentikan peruntukan kepada Majlis Belia Malaysia (MBM), menyebabkan pelbagai pertubuhan belia di seluruh negara menghadapi masalah kekurangan dana untuk terus beroperasi. Oleh itu, Pemuda MCA berharap Menteri Belia dan Sukan yang baharu, dapat memberikan peruntukan semula kepada MBM, supaya ia dapat terus memupuk pemimpin masa depan.

Kerajaan PH hanya memberikan peruntukan operasi kepada pertubuhan-pertubuhan belia yang bergabung di bawah MBM pada 2019, manakala Bajet 2020 pula langsung tidak memberikan apa-apa peruntukan.

Pemuda MCA menaruh keyakinan dan harapan yang tinggi terhadap Menteri Belia dan Sukan baharu Dato’ Sri Reezal Merican dan timbalannya Wan Ahmad Fayhsal, apatah lagi Reezal pernah menganggotai jawatankuasa MBM, tentunya lebih memahami keadaan sebenar MBM.

KBS merupakan kementerian yng berhubung terus dengan belia pelbagai kaum, maka amat mustahak baginya untuk mendengar suara belia, berkomunikasi serta memahami buah fikiran mereka.

Belia bukan sahaja tonggak negara pada masa depan. Kemungkinan besar mereka yang beumur 18 tahun didaftarkan secara automatik sebagai pengundi seterusnya mengundi mahupun menjadi calon akan dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang, jadi KBS perlulah bertindak sebagai pasukan hadapan kepada kerajaan Perikatan Nasional dan bergaul rapat dengan golongan belia.

Kita perlu membantu pemuda-pemudi memahami pendirian dan pendapat kerajaan, di samping mendengar luahan isi hati serta menolong menyelesaikan masalah mereka.

Dalam Bajet 2020 yang diumumkan kerajaan PH tahun lalu, MBM langsung dipinggirkan, seolah-olah kerajaan tidak mengiktiraf MBM yang mempunyai sejarah panjang 70 tahun serta kedudukan lebih 40 pertubuhan belia di bawahnya dari seluruh negara. Ini amat mengecewakan golongan belia.

MBM yang turut dianggotai Lapan Pertubuhan Belia Cina (EMCO), merupakan sebuah pertubuhan belia berwibawa yang sudah lama menjadi penggerak utama pembangunan belia dan banyak menghasilkan pemimpin negara. Sebelum PH berkuasa, pelbagai pertubuhan belia mendapat peruntukan kerajaan setiap tahun, terutamanya peruntukan operasi serta aktiviti dari KBS.

-MCA online-