22 September 2021

Kenyataan media Pengumpulan Dana (Crowd Funding) GoCare

GoCare bantu pelajar B40 mohon telefon pintar dan data rangkaian, ringankan bebanan keluarga

Penasihat Pengumpulan Dana (Crowd Funding) GoCare, Dato’ Natalie Lim Chong Ly memberitahu, memandangkan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) ketika pandemik Covid-19 telah membebankan sebilangan isi keluarga, maka GoCare telah bersiap sedia untuk membantu pelajar-pelajar dalam kalangan keluarga B40 untuk memohon mendapatkan telefon pintar serta data rangkaian internet secara percuma.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Pelan Pemulihan Negara (PPN) Berfasa yang dilaksanakan untuk mengekang penularan pandemik telah mengakibatkan keperluan PdPR serta pembelajaran ’cloud’ yang telah menjadi norma baharu di kebanyakan negara. Namun selepas setahun, masih terdapat pelajar-pelajar terutamanya di luar bandar, yang tidak dapat meneruskan pembelajaran mereka kerana tidak mampu membeli telefon pintar serta membayar kos data rangkaian.”

Menurut Chong Ly, bantuan GoCare akan dilaksanakan melalui Program Jaringan PRIHATIN Kementerian Kewangan serta Inisiatif Belajar dari Rumah (Learn From Home Initiative) oleh Yayasan YTL.

Beliau menjelaskan, Program Jaringan PRIHATIN yang dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan sebelum ini telah disahut oleh Yayasan YTL, yang menawarkan subsidi telefon pintar dan data rangkaian tanpa apa-apa ikatan kontrak. Program tersebut akan berakhir pada 30 September ini. 

GoCare, CRSM dan Pemuda MCA menyasarkan seramai 10,000 pelajar B40 dapat dibantu untuk memohon telefon pintar serta data rangkaian percuma, dan berharap skop program tersebut dapat diperluaskan kepada lebih banyak lagi isi rumah yang kurang berkemampuan, dalam usaha memastikan tiada siapa, tanpa mengira warna kulit dan latar belakang, yang tertinggal tatkala negara melangkah ke era yang berpacukan teknologi dan pendigitalan.

Beliau juga menyeru supaya orang ramai dapat membantu menyebarkan berita ini agar lebih ramai pelajar B40 boleh memperolehi manfaatnya. Untuk keterangan lanjut atau membuat permohonan, sila layari www.gocare.org.my.  Untuk sebarang pertanyaan, boleh melayari https://gocare.org.my/product/free-phones/ atau hubungi hotline Sekretariat  GoCare di talian 016-5399178.

-TAMAT-

 

Guest Sharing:

1.  Mr Tai Chee How, Chief of CRSM Johor

2. Ms Ng Sing Phing, Central Committee of CRSM (Host)

3. Mr. Aluyis Lim Soon Pin, Chairman of MCA Youth Varsity Affairs Consultative Committee