5 September 2018

Kenyataan Media Naib Pengerusi Pemuda MCA Nicole Wong Siaw Ting

Jelaskan sebab-sebab di sebalik penguguran kes mahkamah Guan Eng

Saya kesal keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengugurkan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai pembelian banglo di bawah harga pasaran.

Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan AGC, Dato’ Mohamad Hanafiah berkata beliau membuat keputusan tidak meneruskan dakwaan atas alasan bahawa kes pendakwaan telah berjaya dilemahkan oleh pembelaan kerana terdapat keterangan baharu.

Beliau digesa menjelaskan apa bukti baharu tersebut kepada rakyat. Ini kerana ia adalah kes berprofil tinggi, dan melibatkan seorang Menteri. Lebih-lebih lagi adalah apabila insiden ini berlaku pada masa sama di mana semua kes-kes yang melibatkan pemimpin Pakatan Harapan yang lain turut digugurkan. Oleh itu, ia penting membuktikan bahawa keputusan tersebut dibuat tanpa campur tangan politik dan menjamin keutuhan AGC sebagai badan bebas dan adil.

Ia adalah pengetahuan umum bahawa Peguam Negara baharu Tommy Thomas, pernah mewakili Guan Eng dalam beberapa kes mahkamah. Ia memberi gambaran keputusan Dato’ Mohamad Hanafiah dipengaruhi oleh Tommy Thomas. Apa terjadi dengan janji pemisahan kuasa yang dibuat Perdana Menteri?

Ia juga dilaporakan bahawa setakat ini hanya 25 saksi daripada 60 saksi telah dipanggil memberi keterangan. Jelasnya, kes ini masih jauh dari pengakhiran kerana hanya 40% kes pendakwa dibina. Bagaimanakah kesimpulan kes pendakwaan lemah boleh dicapai apabila lebih daripada separuh saksi masih belum member keterangan? 

Perasaan terkejut oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) juga memberi gambaran bahawa terdapat asas untuk kes ini disambungkan, kerana jika siasatan SPRM tidak mendapati kewujudan unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaa kuasa, maka tidak perlulah AGC memulakan pendakwaan pada awal-awal lagi.

Oleh itu, ia diharapkan penjelasan dibuat secepat mungkin demi menjaga kredibiliti badan kehakiman negara, dan elak lagi cetusnya krisis kehakiman dimana rakyat telah hilang keperayaan terhadap mahkamah, sepertimana yang pernah berlaku di bawah Tun Mahathir pada masa dahulu.

Nicole Wong Siaw Ting
Naib Pengerusi Pemuda MCA

-MCA online-