Ucapan oleh Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Presiden MCA

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-64

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak kerana sudi bersama kami.

Kami amat menghargai sokongan, dorongan dan komitmen Yang Amat Berhormat yang kukuh pada MCA.

Saya mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan pemimpin dan rakan-rakan dari parti komponen, keluarga Barisan Nasional, bersama-sama dengan pemimpin pertubuhan Cina dan para perwakilan parti. Terima kasih bersama kami di Perhimpunan Agung MCA hari ini. A very warm welcome to all excellencies, ambassadors, high commisioners from the respective embassies.

Pada saat ini, saya berdiri di sini saya dapat merasa semangat berkobar-kobar yang makin rancak membara dalam setiap sanubari yang berada di dalam dewan hari ini. I can feel the energy, we are all ready for the next GE!

YAB Perdana Menteri, kita sudah bersedia! Seluruh MCA telah kemas, ketat dan siapsiaga untuk menyokong dan mendokong YAB Perdana Menteri ke arah pencapaian aspirasi Barisan Nasional. Kita akan pasti Barisan Nasional akan dapat mandat baru yang lebih besar!

Sebelum kita berdepan dengan PRU-14, perhimpunan AGM hari ini boleh disifatkan sebagai perhimpunan ‘ikrar sedia gempur’, a clarion call to all. Are we ready?

MCA dan Masyarakat Cina Teguh Bersama

Semenjak kita mengambil alih tampuk kepimpinan parti, kita sudah laksanakan program transformasi bagi memperkukuhkan organisasi parti, memperkasakan pasukan, serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada orang ramai.

YAB Perdana Menteri, MCA bersama-sama pertubuhan-pertubuhan Cina telah berjaya menghimpunkan lebih 16 ribu orang untuk menyambut “Himpunan Patriotik Masyarakat Cina” pada 16 September.

Perhimpunan ini menunjukkan MCA dengan masyarakat Cina sudah teguh bersama. MCA bersama masyarakat Tiong Hua setia, cinta dan sedia membangunkan negara ini ke satu tahap baru di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri.

Sir, we are with you!

Kami yakin pendekatan serampang tiga mata transformasi MCA iaitu “Teguh Bersama”, “Medan Inovasi” dan “10 Strategi Ekonomi”, sudah berjaya menggerakkan ahli-ahli MCA bersama masyarakat Cina ke satu tahap baru dan ke arah satu era yang lebih mencabar.

Nafas Baru MCA

YAB Perdana Menteri, Sir,

Actions speak louder than words. MCA sudah ada nafas baru.

Semangat kita padu, hala tuju kita jelas, semangat berjuang berkobar-kobar. Inilah nafas baru MCA.

MCA tidak pernah berhenti bekerja. Institusi dan jentera terus memperolehi pencapaian demi pencapaian. Kojadi memberi bantuan dan pinjaman kepada usahawan SME dan pelajar-pelajar institusi tinggi. KSM telah membayar dividen tinggi; UTAR dan KUTAR semakin berprestasi, UTAR sudah diiktiraf sebagai universiti kedua terbaik dalam negara; Matang Holding sudah disenaraikan di Bursa Saham; kolej pengajian pra sekolah CECE semakin popular; VTAR berjaya meningkatkan bilangan pelatih TVET. Pusat Belt & Road inisiatif MCA giat membantu anak-anak tempatan menerokai pasaran antarabangsa dan memberi peluang perniagaan baru, lebih-lebih lagi di negara China.

NILAH PENCAPAIAN-PENCAPAIAN MCA!

Walau bagaimanapun, roda jentera dan institusi MCA tidak akan berhenti. MCA akan terus mengikut peredaran zaman secara relevan dan mendukung cita-cita bangsa dan negara.

Revolusi Perindustrian 4.0

Para perwakilan sekalian,

Dunia semakin global. Aliran globalisasi semakin pesat. Tamadun kita telah melalui lima gelombang evolusi teknologi.

Revolusi pertama adalah Revolusi Pertanian di mana konsep stock breeding dan rotation of crops telah dilaksanakan.

Revolusi kedua, iaitu Revolusi Perindustrian yang julung-julungnya melibatkan enjin stim dan mekanisasi.

Revolusi ketiga, memperkenalkan penggunaan elektrik, injap elektronik dan transistor.

Revolusi keempat, iaitu Revolusi Maklumat memperkenalkan penggunaan komputer dan internet.

Revolusi kelima yang dikenali sebagai Revolusi Perindustrian 4.0 yang membawa perubahan-perubahan fizikal-siber-biologikal. The Internet of Things and Artificial Intelligence (AI) serta penggunaan big data telah membawa perubahan besar kepada cara hidup, cara kerja, cara pembelajaran, cara perniagaan dan sebagainya. Ia merangkumi semua sektor dan lapisan masyarakat.

MCA adalah satu parti yang bertanggungjawab. Kami mempunyai perancangan jangka masa panjang. MCA akan terus menjurus ke arah menyediakan platform dan peluang penyertaan yang dapat memanfaatkan semua dalam Revolusi Perindustrian 4.0 ini.

MCA dulu, kini dan selama-lamanya akan melaksanakan pelbagai program dan inisiatif bantuan rakyat miskin, peningkatan pendapatan keluarga dan membebaskan keluarga-keluarga daripada jeratan poverty cycle.

Contohnya, MCA telah wujudkan TARUC, UTAR, VTAR, dan CECE. Ini telah memberi peluang pendidikan berkualiti untuk anak-anak kita dengan yuran yang affordable. Melalui institusi-institusi inilah, maka anak-anak kita semakin berjaya, semakin cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan mereka.

Segala-galanya, adalah selaras dengan falsafah kerajaan BN dan kepimpinan YAB Perdana Menteri untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan pembangunan negara.

Pandangan dan keprihatinan YAB Perdana Menteri kepada rakyat dan negara adalah jelas dalam kandungan agenda transformasi negara yang telah membawa pembangunan pesat negara ini.

YAB PM telah melahirkan Pelan induk pembangunan utama yang merangkumi Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Zon Perindustrian Bebas Bukit Kayu Hitam hingga ke Greater Kuala Lumpur, pembinaan MRT, LRT, tren landasan berkembar dan pembangunan DFTZ.

Not to mention, Melaka Gateway, Malaysian Vision Valley, Iskandar Corridor, MCKIP, ditambah lagi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Tren Berkelajuan Tinggi (HSR) serta Pan-Borneo Highway terus membawa kepada pembangunan ekonomi negara di landasan yang betul dan pesat membangun.

ECRL indeed, is a game changer. Ia akan membantu penduduk-penduduk di luar bandar, logistik perindustrian yang akan membawa kepada hasil pertanian dan produktiviti luar bandar yang lebih tinggi nilainya.

Pembangunan DFTZ yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri dua hari yang lalu bukan sahaja memberi peluang yang lebih dan masa depan yang cerah dalam pembangunan ekonomi digital.

Malahan, pelancaran ini telah mendapat pujian oleh Jack Ma dengan kata-kata, “Sir, your administration was able to do this in such a short time.”

YAB Perdana Menteri, Sir, thank you for bringing DFTZ to us. DFTZ adalah pintu masuk e-dagang SME ke pasaran dunia. Ia juga merupakan pilihan pintu gerbang utama bagi jenama-jenama antarabangsa dalam pasaran ASEAN.

Ramai tidak sedar, DFTZ adalah suatu pencapaian yang besar dari segi pendapatan negara. Di mana DFTZ akan mengendalikan nilai kargo e-dagang dari rantau ASEAN sebanyak USD65 bilion pada tahun 2025. Ia juga akan memacu pembangunan Aeropolis KLIA dan meningkatkan trafik logistik dan kargo dari 700 ribu tan kepada 3 juta tan.

Sehubungan dengan ini, MCA melalui UTAR dan TARUC akan menyediakan program dan kursus latihan SME dan SMI demi untuk menjayakan DFTZ ini.

Pada masa ini, UTAR menyediakan pelajar-pelajar untuk membantu syarikat tempatan dalam produk lokal platform Lazada, Alibaba dan 11Street. UTAR telah menyediakan kemahiran analisis data. MCA bersedia mengorak langkah demi membawa analisis big data ke Malaysia untuk penggunaan sektor perniagaan, kewangan, pendidikan dan sekuriti.

Dalam hubungan ini, anak-anak muda kita akan dilatih sehingga mereka memiliki pelbagai jenis kemahiran dan self-learning. Kita perlu melahirkan para graduan yang "ready-to-evolve", learn, unlearn and relearn. Kita akan melatih pekerja-pekerja pengetahuan kita dalam kepakaran STEM.

YAB Perdana Menteri, dalam aspek ini, MCA amat bimbang dengan trend pengurangan pendaftaran pelajar aliran sains. Sasaran negara kita sebenarnya ialah 60% pelajar aliran sains, tetapi hari ini, cuma 21% sahaja mendaftar. Trend pengurangan bilangan pelajar sains ini akan menggugat dan menggagalkan matlamat dan pencapaian Revolusi Perindustrian 4.0. negara kita.

Ke arah penyelesaian masalah ini, MCA berhasrat untuk membantu meningkatkan minat pelajar-pelajar ke arah program-program STEM di SJKC.

Dengan ini, kami mengalu-alukan kebijaksanaan YAB Perdana Menteri meluluskan 10 buah SJKC baru dan 6 buah penempatan semula SJKC. Pada tahap ini, MCA bersama-sama dengan masyarakat Tiong Hoa ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kebijaksanaan YAB PM memahami keperluan pelajar-pelajar.

Kerajaan Barisan Nasional akan memastikan pembinaan dan pembangunan sekolah-sekolah ini akan disempurnakan dalam masa terdekat. Malahan kerajaan Barisan Nasional memberi jaminan bahawa pembinaan sekolah ini bukanlah secara ad hoc. Ia akan dibinasecara berterusan mengikut keperluan dan kepadatan penduduk setempat sebagai pelan pembangunan pendidikan kerajaan.

BN dan MCA Sentiasa Sehaluan demi Rakyat

Para perwakilan sekalian,

Inilah kerajaan Barisan Nasional. MCA sehati sejiwa bersama Barisan Nasional. Barisan Nasional adalah untuk semua. Nilai dan falsafah perjuangan Barisan Nasional berteraskan konsensus dan mengambil kira kepentingan semua. Kerajaan Barisan Nasional adalah berlandaskan kesederhanaan, bersemangat wassatiyyah, dan berpendekatan inklusif.

Kesemua ini merupakan asas perpaduan dan keharmonian negara. Ia akan menjamin pembangunan negara dan bangsa secara berterusan.

Segala-gala ini telah dirangkumi dalam pembentangan Bajet 2018. Satu bajet yang inklusif dan merangsang pembangunan ekonomi tahun hadapan.

Bajet 2018 memberi kepelbagain bantuan dan kemudahan kepada semua golongan, sama ada golongan petani, nelayan, penoreh getah, pekerja-pekerja pejabat, wanita, belia, orang kurang upaya serta orang yang kembali bekerja semua diberi insentif dan perhatian.

Malahan Bajet 2018 adalah satu bajet yang menyeluruh dan mendapat sambutan mesra dan sokongan semua. Syabas dan tahniah Ah Jib Kor, Menteri Kewangan Malaysia!

Taktik Pembangkang Memerangkap Rakyat

Para perwakilan sekalian,

Marilah kita lihat di sebelah sana.

Dari Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan hari ini, Pakatan Harapan. Dari Semangat 46, kepada PAS, PKR, Amanah dan Bersatu hari ini.

Inilah Barisan Alternatif kononnya. Kalau kita pakat, biasanya dengan niat jahat. Konotasinya adalah pakat untuk jatuhkan orang. Pakat untuk binasakan orang, pakat untuk rosak atau fitnah orang.

Tetapi dalam politik, DAP dan kuncu-kuncunya perlu memberi, menjual atau menjaja harapan kepada rakyat. Maka pakatan yang jahat ini dinamakan Pakatan Harapan. Kalau baik, ikhlas, suci, sepatutnya kemukakan senarai menteri-menteri kabinet bayangan Pakatan jahat ini.

Adakah kabinet bayangan pakatan jahat ini akan diterajui oleh Tun Dr Mahathir sebagai Perdana enteri atau Lim Kit Siang? Rakyat masih dalam kegelapan. Inilah Pakatan Harapan.

Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan, Gagasan Rakyat dan sebagainya adalah perkahwinan rambang semata-mata. It is all a marriage of convenience. DAP from preaching non-racial approach in the past, is now working with Amanah and Pribumi which are racially-based parties.

This shows that DAP is a party with no dignity, no principle and is not sincere.

Mari kita imbas kembali. Sejak berdekad-dekad, Lim Kit Siang dan pemimpin DAP kerap mengutuk, menghantam dan mengecam Mahathir sebagai diktator, hantu, maha firaun, yang menghancurkan sistem demokrasi dan kehakiman negara serta terlibat dalam pelbagai mega skandal. Mahathir kerap dijadikan sasaran politik DAP.

Kalau dulunya, Mahathir dikutuk habis-habisan oleh DAP, hari ini DAP bukan sahaja memeluk dan mendukung Tun Mahathir, tetapi DAP mahu Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri. Inilah hypocricy DAP. Manalah maruah, manalah prinsip, manalah CAT DAP? Kalau dahulunya, DAP memeluk Hadi Awang, Presiden Pas, hari ini Lim Kit Siang pula memeluk Tun Dr Mahathir.

Inilah lakonan politik DAP semata-mata. Kononnya pelukan-pelukan ini adalah untuk menyelamatkan negara. Tetapi sebenarnya, matlamat DAP mahupun matlamat Mahathir hari ini adalah untuk merampas kuasa demi kepentingan diri.

Barisan Nasional yang selama ini merupakan payung kesinambungan dan keharmonian negara sentiasa disalahkan.

Marilah kita tengok buku laporan Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun. Normally before the report card, one is given the benefit of doubt.

But in this case, Lim Kit Siang is adopting a failed report card. Lim Kit Siang is adopting a leader who has failed and whom he accused of mega scandal, crynoism, nepotism, and draconian rule.

Legasi-legasi Mahathir telah membebankan rakyat adalah beban tol, kerugian besar MAS, Perwaja, Forex, konsensi perjanjian yang lopsided, penswastaan kepada kroni-kroni dan amalan nepotisme.

Ini semua laporan-laporan, titik-titik hitam dan time bomb Lim Kit Siang.

Mahathir kononnya adalah seorang diktator yang menyalahgunakan kuasa, memerintah secara kuku besi dan juga bertanggungjawab untuk krisis kehakiman, krisis perlembagaan Rja-raja Melayu, Operasi Lalang dan sebagainya. Ini semua mengikut kata-kata Lim Kit Siang.

Tapi, hari ini, Lim Kit Siang sudah tua, dia sudah lupa, dia sudah buat U-turn.

Inilah DAP, consistently inconsistent.

Unlike DAP, MCA is consistently consistent. Barisan Nasional is consistently consistent. We may defer, we may disagree, but we always come to a consensus in what is best for the nation in a multi-racial spirit.

This is clear in our 60 years of delivering peace, harmony and progress. We shall continue to march on.

Marilah kita bersama-sama mendukung, menyokong falsafah perjuangan BN yang menghormati semua kaum, semua bangsa, semua budaya dan semua bahasa.

Jangan biarkan Mahathir dan Lim Kit Siang merosakkan payung keharmonian, keamanan Barisan Nasional ini.

Semboyan pilihan raya telah kedengaran, marilah kita sama-sama rapatkan barisan, kuatkan semangat dan teruskan perjuangan sehingga kita berjaya.

Hidup MCA. Hidup Barisan Nasional.

Hidup rakyat, negaraku Malaysia.

MCA, teguh bersama!