5 Disember 2018

Kenyataan akhbar Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie

Heng : Nga Kor Ming usah "over excited" sehingga rosak imej Timbalan Speaker; Cuma perlu jawab : sudi terima atau tidak  

Nga Kor Ming nampaknya terlalu sensitif dengan “over excited” cadangan saya agar  beliau dan sepupunya Ngeh Koo Ham dilantik sebagai Menteri Kewangan menggantikan Lim Guan Eng yang sungguh lemah prestasinya. 

Balasan Nga yang kurang sopan dan menyerang, lebih lebih lagi terhadap seorang ibu dan wanita , amat mengecewakan  kerana ia bercanggah dengan amalan budaya dan adab masyarakat Malaysia . Sikap membalas budi dengan dendam beliau juga ternyata turut menjejaskan kewibawaan dan imejnya beliau sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Sebenarnya kita memang memahami kekuatirannya yang amat takut akan balas dendam oleh Guan Eng kelak. Apa pun, beliau tidak perlulah begitu agresif dan "over reacted" kerana itu sekadar cadangan kami semata mata dan beliau belum tentu akan dipertimbangkan Perdana Menteri baru kita.

Cadangan ini dibuat memandangkan  kedua-dua sepupu Kor Ming dan Ngeh Koo Ham memang dikagumi umum dengan kebolehan dan kehebatan mereka dalam mengurus dan memgumpul harta kekayaan luar biasa dalam  masa yang begitu singkat dan pantas .

Ini boleh disokong dengan bukti di mana menurut laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu diterbitkan pada November, Kor Ming berpendapatan RM101,160 sebulan, mengatasi Guan Eng dan Perdana Menteri Dr Mahathir. Koo Ham pun tidak kurang hebat, dengan aset peribadi terkumpulnya sebanyak RM75 juta.

Ini jelas membuktikan bahawa kedua-dua mereka memang pakar dan bijak dalam pengurusan hal ehwal kewangan sehingga kini menjadi pemimpin terkaya yang tiada tandingannya dalam Pakatan Harapan.

Oleh itu, Kor Ming tidak perlulah naik angin malah membuat serangan peribadi terhadap saya. Ini bukan sahaja menjatuhkan imej peribadinya, malahan juga menjejaskan kewibawaannya sebagai seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Apa yang lebih penting ialah, beliau hanya perlu menjelaskan pendiriannya , samada beliau berminat dan sedia menerima jawatan sebagai Menteri Kewangan ataupun tidak sekiranya ditawar oleh Tun Mahathir dalam rombakan kabinetnya kelak. Itu sudah memadai.

Sesungguhnya, dari segi keupayaan berucap , penguasaan bahasa dan kewibawaan diri , Kor Ming memang pemimpin yang disegani dalam DAP, tambahan pula beliau seorang peguam bertauliah, pernah menjadi Ahli Exco, Ahli Parlimen dan ADUN untuk beberapa penggal dan sekarang Timbalan Speaker, boleh dikatakan amat  layak dan  cukup berpengalaman .

Kami berpandangan bahawa, ekonomi negara mempengaruhi dan menentukan kesejahteraan seluruh rakyat;  memandangkan Guan Eng terbukti tidak mampu  dan lemah prestasinya , daripada  terus memudaratkan ekonomi negara dan menyusahkan rakyat ; maka sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan berintegrity,  haruslah beliau melepaskan jawatannya kepada calon parti DAP yang lebih layak dan upaya , demi kepentingan rakyat dan negara .

Lagi pun, setelah lepaskan jawatan Menteri Kewangan , Guan Eng masih boleh minta agar  dilantik ke kementerian lain yang lebih sesuai dengan  kemahiran dan kecenderungannya agar dapat lebih menonjolkan dan berprestasi .

-MCA online-