Kaum Cina tidak terhutang budi DAP
Wee minta k'jaan jamin tidak 'bail-out' kereta nasional ke-3  

Liow: CRCC sahkan bukan pemegang saham dalam projek terowong

Pada Selasa    06-02-2018 16:45:00

Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan syarikat pembinaan China Railway Construction Corporation (CRCC) mengesahkan ia tidak pernah menjadi pemegang saham dalam syarikat tujuan khas (SPV) yang dilantik untuk membina terowong dasar laut dan 3 lebuh raya di Pulau Pinang seperti didakwa Lim Guan Eng.

Menteri pengangkutan itu berkata, beliau dimaklumkan syarikat itu tiada saham dalam syarikat induk SPV, Zenith Construction Sdn Bhd mahupun terbabit secara langsung dengan kerajaan Pulau Pinang untuk projek itu.

“CRCC tidak memberi kelulusan dan langsung tidak tahu kenapa kerajaan Pulau Pinang menganggap mereka sebagai pemegang saham SPV projek terowong-jalan Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, beliau dimaklumkan perkara itu dalam pertemuan dengan pegawai atasan CRCC ketika lawatannya ke Beijing untuk menghadiri Persidangan Menteri-menteri Asia Pasifik mengenai Penerbangan Awam dan mesyuarat dua hala dengan menteri pengangkutan China, baru-baru ini.

Beliau berkata, pegawai tertinggi CRCC menekankan beberapa perkara kepadanya ketika mereka diberitahu mengenai kontroversi berhubung projek itu, baru-baru ini.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong pada 4 Mac 2013 berkata, Buletin Mutiara yang merupakan buletin rasmi kerajaan negeri itu menerbitkan satu artikel memetik Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus sebagai berkata, SPV itu mempunyai modal berbayar sebanyak RM4.6 juta, di mana Zenith Construction Sdn Bhd dan CRCC membentuk gabungan pemegang saham terbesar yang mempunyai 70% kepentingan.

Lim sebelum ini mendakwa kontraktor utama projek itu ialah CRCC yang disifatkannya “satu daripada syarikat pembinaan terbesar di dunia”.

Ketua menteri Pulau Pinang itu dalam kenyataan semalam berkata, Wee membuat “sindiran palsu”.

Beliau mendakwa sebenarnya CRCC menandatangani perjanjian itu sebagai kontraktor utama bersama SPV itu dan kerajaan negeri.

Hari ini, Liow berkata, CRCC hanya menandatangani “pengiktirafan komitmen” sebagai lampiran kepada perjanjian awal projek itu. Mereka akan menyiapkan projek itu jika diberikan mana-mana bahagian projek oleh SPV, Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd.

“Setakat hari ini, CRCC mempunyai pembabitan awam dengan SPV untuk menjadi kontraktor EPC (kejuruteraan, perolehan & pembinaan); dan turut diberi kontrak oleh SPV untuk membuat laporan reka bentuk terperinci untuk jumlah AS$22 juta (RM85.8 juta) bagi 3 jalan dan terowong bawah laut.”

Liow berkata, CRCC memberi jaminan “situasi unik” projek itu tidak boleh dan tidak patut digunakan sebagai ukuran prestasinya dan CRCC akan melaksanakan komitmennya untuk projek sedia ada atau masa depan mengikut jadual dan anggaran dipersetujui.

Projek itu di bawah penelitian susulan siasatan dan tangkapan baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lepas.

Terowong bawah laut sepanjang 7.2km itu akan menghubungkan Jalan Pangkor di George Town dengan Bagan Ajam di Butterworth yang dijadualkan bermula pada 2023.

-Free Malaysia Today-

Berita Berkatian

Tangguhkan, kaji semula PIL-1, lebih mahal dari ECRL

MCA Pulau Pinang yakin raih keputusan baik

Liow minta Guan Eng jawab isu terowong

Guan Eng alih isu terowong dasar laut

Takkan Lim Guan Eng tidak tahu