Pemuda MCA mengambil maklum pengesahan kewujudan Titah Addendum oleh pihak Peguam Negara baru-baru ini berkaitan penahanan rumah melibatkan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

MCA juga sentiasa menghormati proses undang-undang serta prinsip keluhuran Perlembagaan yang menjadi teras negara.

Dalam masa yang sama, Pemuda MCA menjunjung kasih dan merafak sembah memohon ihsan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar mempertimbangkan pelaksanaan titah tahanan rumah tersebut, selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.

Pemuda MCA berharap segala keputusan yang dibuat dapat mengambil kira faktor kemanusiaan dan keadaan kesihatan Dato’ Sri Mohd Najib, selagi mana ia tidak menjejaskan prinsip keadilan dan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman.

Kami juga percaya tentang kepentingan dalam keseimbangan antara ihsan dan keluhuran undang-undang demi memelihara kestabilan, keharmonian masyarakat serta keyakinan rakyat terhadap institusi negara.

DAULAT TUANKU

Neow Choo Seong
Ketua Penerangan Pemuda MCA
merangkap Pengarah Komunikasi Pemuda Barisan Nasional
11 Julai 2025