6 Mei 2018

Kenyataan Media Pengerusi Biro Publisiti MCA, Dato’ Chai Kim Sen

Sebar kebencian amalan biasa bagi DAP – Eddie Ng Tien Chee harus memohon maaf kepada badan-badan agama berkenaan 

Calon DAP untuk Parlimen Balakong Ng Tien Chee harus dikutuk atas penipuannya yang tidak masuk akal. Jika dia telah mengaku DAP memang mengambil bahagian dalam perakaman video “Da Xiao Ren” atau “Rakyat Mengadu”  yang dilakonkan bersama oleh ahli-ahli DAP kawasannya, mengapakah dia masih menafikan bahawa video tersebut tidak ada kena-mengena dengan DAP?

Ng telah memberi alasan bahawa video tersebut bertujuan menyerlahkan keluhan rakyat, dan bukannya kata-kata laknat, dan ahli-ahlinya tidak tahu plot video tersebut. Ini langsung tidak masuk akal. Takkan ahli-ahlinya tidak sedar bahawa mereka memukul gambar-gambar orang dengan kasut sambil menyumpah mereka “patah lengan” dan “dilanggar kereta”. 

Klip video tersebut yang tular di media sosial mengandungi ungkapan yang amat jahat. dan menerima tindak balas negatif. Ng Tien Chee tidak sepatutnya mengelak tanggungjawab dengan mengatakan bahawa video tersebut tidak berkaitan dengan DAP walaupun hampir semua pelakon adalah ahli DAP kawasannya.

Video ini menghina pengajaran beberapa agama yang menggalakkan keamanan dan keharmonian. Seperti kata Mahaguru Juecheng dari Fo Guang Shan, seseorang tidak patut menyumpah atau mewujudkan kebencian; ini bukanlah pengajaran agama Buddha. Pengerusi Persekutuan Taoist Malaysia Tan Hoe Chieow juga menyatakan bahawa video menyumpah tersebut telah memalukan semua penganut agama Tao, dan tidak menggambarkan ajaran dan dan kepercayaan agama Tao.

Video tersebut juga memainkan lagu Kristian “Amazing Grace” yang jelasnya menghina agama Kristian.

Oleh itu, Ng Tien Chee digesa memohon maaf kepada semua persatuan kebangsaan dan penganut agama Buddha, Tao dan Kristian.

Dia juga patut memberi penjelasan mengapa kenyataannya bercanggah dengan penerbit video tersebut yang bernama Andy. Ng Tien Chee mendakwa bahawa dia enggan mengedarkan video tersebut kerana dianggap terlalu sensitif, manakala Andy pula mengatakan bahawa kedua-dua mereka memiliki satu salinan video masing-masing dan tidak akan mengedarkan video tersebut tanpa menerima persetujuan kedua-dua pihak. Apabila ditanya jika Ng Tien Chee telah membeli hak milik video tersebut, Andy enggan menjawab. Jadi, bagaimanakan video tersebut boleh diedarkan?

Dalam satu temuramah, Andy berkata bahawa perakaman video tersebut dibuat hanya selepas mendapat ilham dari perbincangan dengan Ng Tien Chee. Adakah plot filem tersebut idea Ng Tien Chee? Dan bagaimanakah video tersebut menjadi tular tanpa kebenaran beliau?

Tindakan DAP yang menggalakkan budaya kebencian sudah melampaui batas. Jika DAP terus menyebarkan sikap kebencian, ia akan menjejaskan ketenteraman masyarakat kita.

Saya menggesa pihak polis melengkapkan siasatan dan menahan dalang di sebalik video ini secepat mungkin.

Senator Dato’ Chai Kim Sen
Pengerusi Biro Publisiti MCA
Timbalan Setiausaha Organisasi Kebangsaan MCA

-MCA online-