6 Mei 2018

Kenyataan Media Setiausaha Agung MCA Dato’ Seri Ong Ka Chuan

Politik kebencian mampu menjejaskan keharmonian kami jika tidak terkawal

Tinggal tiga hari sebelum hari mengundi pada 9 Mei. Apa yang dikesalkan, sepanjang 11 hari berkempen, Pakatan Harapan telah berulang kali menghasut perasaan benci di kalangan rakyat sehingga semua sesi ceramah pihak pembangkang langsung tidak menyentuh visi, idea, dan manifesto mereka.

Fenomena ini selain merisaukan juga mencerminkan sikap kurang matang Pakatan Harapan kerana ia mengepikan konsep rasional seperti visi, idea, dan manifesto, dan sebaliknya digantikan dengan retorik kebencian. Oleh itu, rakyat Malaysia disaran supaya sentiasa berwaspada, kerana perasaan benci yang melampau tidak akan dapat dikawal oleh sesiapa dan akhirnya akan memecahbelahkan masyarakat dan menenggelamkan nilai-nilai kemanusiaan kita. Taktik mengaut undi yang digunakan Pakatan Harapan ini sangatlah tidak bertanggungjawab.

Kita telah menyaksikan cara berkempen yang sangat tidak sihat. Sejak pembubaran Dewak Rakyat sehingga hari ini, pendapat umum hanya menumpu kepada keganasan, fitnah, buli, berita tidak benar dan penggunaan kata-kata menyumpah, langsung tidak ada sebarang perbincangan politik secara rasional. Ini menunjukkan bahawa keadaan politik demokrasi Malaysia semakin mengundur. 

Pengamalan politik kebencian mampu merebak seperti kebakaran hutan yang tidak terkawal. Jika tidak dipantau dengan baik, ia akan merebak dan membakar seluruh hutan. Tindakan Pakatan Harapan untuk mengamalkan taktik sebegini membuktikan betapa terdesak mereka untuk mencapai agenda politik tersendiri sehingga sanggup mengabaikan keharmonian dan masa depan seluruh negara.

Kebencian hanya akan membawa kehancuran. Oleh itu, saya menggesa rakyat Malaysia bersama-sama menolak politik kebencian, kerana hanya dengan kesedaran rakyat tentang akibat buruk politik kebencian, barulah kita dapat menghalang malapetaka ini.

Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Setiausaha Agung MCA

-MCA online-