5 Jun 2019

Kenyataan media bersama jurucakap-jurucakap Pemuda MCA Ryan Ho Kwok Xheng, Alex Fong Kah Wei, dan Lee Yee Yuan

Letak jawatan jika tak sanggup ditegur

Kutukan pemimpin pemuda PAN, Faiz Fadli terhadap MP Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini setelah Ka Siong mengkritik Menteri Pertahanan YB Mat Sabu yang disifatkan sebagai kurang matang serta memalukan negara sekali lagi di mata dunia, menunjukknan:

1.      Faiz dan presiden partinya jelas tidak berwibawa untuk memimpin negara, apabila rakyat mengecam mereka atas kegagalan teruknya dalam memberikan ucapan di persada antarabangsa dan mendatangkan aib yang besar kepada negara, itu pun belum lagi mengambil kira mendedahkan rahsia negara. Mereka hanya berupaya mengatakan Ka Siong cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada skandal BN. Memandangkan anda sekarang berada dalam kerajaan, janganlah sekali-kali menggunakan ‘skandal’ lagi sebagai perisai untuk menutup kelemahan anda.

2.      Isu di sini bukan penguasaan Bahasa Inggerisnya yang lemah, tetapi beliau tidak langsung mengambil inisiatif untuk mempraktiskan ucapannya serta tidak bersedia sama sekali apabila mewakili Malaysia di pentas dunia! Daripada mewakili negara sehingga meningkatkan keselamatan negara, beliau mengambil mudah segala-galanya. Wahai Mat Sabu, beringatlah anda bukan lagi tukang masak tetapi Menteri Pertahanan. Buatlah perangai seperti seorang menteri.

3.      Lihatlah, kami sebenarnya memberikan teguran yang membina dengan harapan YB Mat Sabu dalam tempoh penggalnya yang masih ada, akan meningkatkan kualiti dirinya serta membanggakan kita semua sebagai rakyat Malaysia. Kalaulah berucap dalam Bahasa Inggeris susah sangat, gunakanlah Bahasa Malaysia di pentas dunia. Kita semua berbangga menjadi rakyat Malaysia serta berbangga dengan bahasa kebangsaan kita.

4.      Kami menggesa YB Mat Sabu supaya meminta maaf kepada negara atas keaibaban tersebut serta berikrar untuk memperbaiki dirinya. Jika semua ini tidak sanggup atau tidak berupaya dilakukan, berhentilah. Lepaskan jawatan anda, biarlah orang yang lebih berupaya mengambil alihnya. Ini bukanlah tindakan yang memalukan, tetapi akan mendapat pujian kerana mempraktikkan meritokrasi dalam Malaysia Baharu kita. Kita memerlukan calon yang sanggup membuat yang terbaik sebagai menteri untuk memimpin negara kita.

5.      Terorisme telah membawa bencana kepada dunia dan banyak nyawa telah terkorban. Ini bukanlah sesuatu yang patut dipandang remeh. Kita memerlukan seorang pemimpin yang kuat dan kompeten untuk menangani hal-ehwal keselamatan negara. YB Mat Sabu, buatlah benda yang betul. Perbaiki atau berhenti. Kami yakin ada ramai lagi calon yang kompeten dalam PH.

-MCA online-