5 April 2020

Kenyataan media Pengerusi Biro Komunikasi Parti-parti Politik Antarabangsa dan Diplomasi MCA merangkap ahli Jawatankuasa Pemantau Kerajaan Dr Tee Ching Seng

Pakatan Harapan dialu-alukan hadir sidang Parlimen setelah wabak reda

Tindakan Gelagat Pakatan Harapan yang berulang kali meminta sidang tergempar Parlimen diadakan ketika wabak Covid-19 sedang mengganas amat menghairankan, jika dibandingkan dengan sikap mereka yang suka ponteng beramai-ramai dan pernah nyaris menyebabkan sidang Parlimen kekurangan kuorum untuk diteruskan.

Tindakan Presiden PKR Dato’ Sri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen DAP Bandar Iskandar Puteri Lim Kit Siang serta Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Meng mendesak diadakan sidang tergempar Parlimen sekarang tidak lebih dari mahu menyusahkan negara.

Seluruh dunia sedang mengharungi waktu sukar membendung penularan wabak. Tentunya Malaysia tidak sanggup menghadapi apa-apa pergolakan politik. Kami menyeru kepada PH supaya mengutamakan negara dan rakyat, dan menghentikan sandiwara politik dengan segera. Mereka bagaimanapun dialu-alukan untuk hadir beramai-ramai apabila sidang Parlimen diadakan nanti.

Parlimen mempunyai 222 keahlian. Hanya 26 orang diperlukan untuk mencukupkan kuorum persidangan, tetapi sidang Parlimen banyak kali nyaris kekurangan kuorum untuk diteruskan sepanjang 21 bulan PH berkuasa.

Berikut adalah rekod menunjukkan sikap dan tingkah laku para Menteri, Timbalan Menteri serta Ahli Parlimen PH sepanjang 21 bulan PH berkuasa:

Tarikh

Insiden

24-7-2018

Sidang Parlimen terpaksa ditangguhkan selama 2 minit akibat kekurangan kuorum. Ahli-ahli Parlimen masuk ke Dewan selepas 2 minit loceng dibunyikan, menjadikan kehadiran meningkat ke 36 orang, dan sidang diteruskan.

 

25-7-2018

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata, kerajaan PH akan memilih pemimpin backbenchers secepat mungkin bagi memastikan kadar kehadiran Ahli-ahli Parlimen tidak terlalu rendah untuk mengelakkan insiden tidak cukup kuorum daripada berulang.

 

23-10-2018

Tiada seorang pun Menteri mahupun Timbalan Menteri kelihatan apabila bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib berucap di Parlimen.

 

24-10-2018

Lim Kit Siang memperli Najib berucap kepada angin dan bertanya, “Inikah kehendak Tuhan?”

 

17-10-2019

Parlimen meneruskan perbahasan Bajet 2020, namun ramai Ahli Parlimen PH tidak hadir menyebabkan nyaris tidak cukup kuorum sekali lagi.

 

22-10-2019

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, PH akan mengedarkan jadual giliran khas esok, dan Ahli-ahli Parlimen PH akan menghadiri sidang mengikut jadual bagi mengelakkan insiden tidak cukup kuorum daripada berulang.

 

23-10-2019

Insiden tidak cukup kuorum sekali lagi nyaris berulang.

 

 

20-11-2019

Ahli Parlimen PKR Subang Wong Chen melalui catatan di Facebook berkata, pada 10 pagi semalam, hanya seorang Menteri, seorang Timbalan Menteri serta 23 Ahli Parlimen berada di Parlimen, bermakna kuorum tidak dicapai.

 

21-11-2019

Tun Dr Mahathir mengakui dan mengecam kehadiran Ahli-ahli Parlimen yang terlalu rendah.

 

Katanya, Ahli-ahli Parlimen PH sangat mengharap untuk menjadi calon, namun setelah terpilih, mereka tidak menunjukkan kesungguhan untuk berkhidmat kepada rakyat.

 

26-11-2019

Ketika pebahasan Bajet bagi peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kelibat 29 Menteri Kabinet langsung tidak kelihatan.

 

27-11-2019

Datuk Liew Vui Keong memberi alasan ketidakhadiran Menteri-menteri dan Ahli-ahli Parlimen PH sebagai “Parlimen terlalu sejuk” dan “pembangkang terlalu bising”, manakala alasan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong pula, “Ahli-ahli Parlimen terlalu letih”.   

 


Hari ini, pesakit yang didapati positif Covid-19 di negara ini telah melebihi 3000 orang. Apabila rakyat seluruh negara terpaksa berkurung di rumah dalam Perintah Kawalan Pergerakan fasa 2 bagi memerangi wabak, malah Ketua Pengarah Kesihatan Dato’ Norhisham turut mengingatkan, dua minggu akan datang tersangat penting bagi kita dalam ‘peperangan’ ini, apakah niat dan muslihat PH untuk mengadakan sidang khas Parlimen?

Ini bukan masa untuk berpolitik mahupun mencari publisiti murah, tetapi saat penentu sama ada kita akan berjaya mengatasi wabak. Oleh itu kami meminta PH mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, dan perbaiki tabiat ponteng,  hadir beramai-ramai ketika Parlimen bersidang nanti.

-MCA online-