Syabas diucapkan kepada Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) yang telah membuat laporan polis baru-baru ini terhadap Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong yang didakwa menyalahgunakan kuasa berhubung pembayaran bantuan perayaan bagi pekerja-pekerja bank.

Menurut laporan NUBE tersebut, mendakwa Steven Sim bersekongkol dengan pihak Persatuan Bank-Bank Perdagangan Tanah Melayu (MCBA) susulan rundingan berhubung pembayaran bantuan itu dibuat tanpa penglibatan NUBE.

Justeru Tan menegaskan bahawa pada ketika ini masyarakat amat memerlukan sokongan dan bantuan daripada pihak ketiga bagi membela nasib mereka yang berdepan pelbagai masalah khususnya dalam berdepan kenaikan kos sara hidup.

"Kami memerlukan lebih ramai lagi pihak yang sedia tampil menyalurkan maklumat supaya segala ketidakadilan atau penyelewengan kuasa oleh mana-mana pihak dapat dibanteras.Hanya apabila lebih ramai orang tampil ke hadapan, kita boleh melahirkan masyarakat yang lebih adil dan telus,” katanya.

Selain itu, Tan juga berkata, setiap pihak tidak kira penjawat awam, pekerja swasta mahupun mana-mana organisasi perlu sentiasa mematuhi prosedur dan tatakelola baik dalam menjalankan tugas. Mana-mana pihak yang didapati bersalah wajib dihukum supaya ia memberi pengajaran kepada mereka serta menjadi iktibar kepada yang lain.

Ini penting demi memelihara imej baik dan integriti kerajaan serta memberi kepercayaan orang ramai terhadap kerajaan.

"Tanggungjawab yang diberikan kepada pegawai kerajaan juga merupakan amanah untuk memastikan setiap tindakan mereka mematuhi undang-undang. Hanya dengan cara ini kita dapat memastikan sumber awam digunakan dengan sewajarnya, kuasa awam tidak disalahgunakan, dan kepentingan awam benar-benar dilindungi."

"Kami berharap lebih banyak kumpulan rakyat, seperti NUBE, berani bangkit, berani mempertahankan keadilan, dan berani melaporkan gejala tidak sihat, supaya membawa lebih banyak perubahan dan kemajuan kepada masyarakat kita."

Tan Yang Pang
Naib Ketua Pemuda MCA
20 April 2024

- Penerangan MCA