Yayasan 1MCA

Pada Isnin    06-06-2016 12:14:00

Latarbelakang

Yayasan 1Malaysia Community Alliance telah diperbadankan sebagai sebuah pertubuhan yang sah di bawah Akta Syarikat 1965. Ia telah ditubuhkan sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan dan Tidak Mempunyai Modal Saham. Ia diberi pengecualian cukai.

Yayasan 1MCA disokong oleh 2 cawangan utama, iaitu Perkhidmatan Outreach dan Crisis Relief. Yayasan 1MCA akan menyalurkan perkhidmatan melalui Kenderaan Perkhidmatan Mudah Alih di seluruh negara, terutamanya kawasan luar bandar.

Visi dan Misi

Visi

Perkhidmatan untuk rakyat, oleh rakyat: Memenuhi semangat 1Malaysia dengan berkhidmat untuk negara dan rakyat

Misi

• Menambah baik kualiti hidup dan kebajikan masa depan golongan miskin dan yang memerlukan dalam masyarakat

• Membekalkan bantuan yang tepat dan sesuai

• Membekalkan kekuatan tenaga, peralatan, bantuan kesihatan, sesi kaunselling dan khidmat nasihat undang-undang kepda pihak umum

 

Skop Perkhidmatan

Skop perkhidmatan Yayasan 1MCA boleh dibahagikan kepada:


a)Perkhidmatan Outreach

• pemeriksaan kesihatan

• pengaduan dan perkhidmatan awam

• perundingan dan permohonan

• kesedaran awam


 b)Crisis Relief

• tindakan bantuan

• pengambilan dan latihan sukerelawan  

 

Zon-zon Perkhidmatan (Klik Sini)


Alamat Sekretariat:

YAYASAN 1MALAYSIA COMMUNITY ALLIANCE

(1MCA FOUNDATION)

Tingkat 12, Wisma MCA, 163, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

TEL: 03-2166 1188 ; FAKS: 03-2166 1888

EMEL: contact@1mcafoundation.org.my

LAMAN WEB: www.1mcafoundation.org.my