Projek Langkawi

Pada Isnin    06-06-2016 15:14:00

Latarbelakang

Projek Langkawi merupakan sebuah kempen menyeluruh yang dimulakan oleh MCA untuk meningkatkan taraf pendidikan di kawasan pendalaman selari dengan tema “Satu Hati, Satu Visi” sempena Sambutan Ulangtahun MCA ke-44. Projek ini diilhamkan oleh Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik dan telah diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat Parti yang diadakan di Langkawi pada 12 January 1993.

Projek ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Tun Dr Ling Liong Sik pada 22 Februari 1993 di Kuala Lumpur, dan sebuah jawatankuasa peringkat kebangsaan yang diketuai Naib Presiden Dato’ Lim Ah Lek telah ditubuhkan untuk melaksanakan projek ini.

Objektif

Projek Langkawi menggabungkan sebuah pelan 5-poin untuk mencapai objektifnya:  

  1. Perubahan Sikap
  • Memulakan perubahan pemikiran supaya ibu bapa lebih peka kepada kepentingan pendidikan
  • Memupuk budaya membaca dan cinta kepala ilmu di kalangan generasi muda

 

  1. Membina Pusat-Pusat Sumber di Seluruh Negara
  • Membina pusat-pusat sumber pendidikan dan kaunselling di kawasan pendalaman dan lain-lain tempat yang telah dikenalpasti
  • Membekalkan bahan bacaan dan peralatan pendidikan di setiap pusat sumber untuk mendedahkan para pelajar kepada lebih banyak jenis ilmu

 

  1. Mengalakkan Pendidikan Pra-sekolah
  • Wanita MCA akan menganjurkan aktiviti-aktiviti pra-sekolah di pusat-pusat sumber untuk membolehkan kanak-kanak lebih bersedia dalam pendidikan mereka
  • Wanita MCA akan mengembangkan program latihan perguruan pra-sekolah agar setiap pusat sumber akan dikendalikan oleh guru terlatih

 

  1. Meningkatkan Pendapatan Isi Rumah
  • Wanita MCA akan membantu meningkatkan pendapatan isi rumah suri rumah di kawasan pendalaman dengan mengerakkan pekerja sosial untuk melatih mereka dalam bidang perindustrian kampung  
  • MCA akan memulakan kerjasama rangkaian pasar raya untuk menjual barangan industri perkampungan tersebut
  • MCA juga akan berhubung dengan kilang-kilang untuk sub-kontrak produk mereka kepada pusat-pusat sumber tersebut

 

  1. Program Anak Angkat
  • Mahasiswa-mahasiswi KTAR akan digerakkan untuk berinteraksi dan tinggal di kawasan pendalaman dan menjadi teladan yang baik kepada pelajar sekolah
  • Pemimpin MCA di semua peringkat, termasuk menteri, timbalan menteri dan ketua bahagian akan menganakangkatkan pelajar dan memberi motivasi kepada mereka untuk belajar dengan baik
  • Pelajar-pelajar ini akan dibawa melawat ke Kuala Lumpur untuk mendedahkan mereka ke persekitaran yang kompetitif

*Jawatankuasa Pusat MCA telah sebuat suara bersetuju untuk menukarkan “Projek Langkawi” kepada “Pembangunan Pendidikan Masyarakat” (Community Education Development) pada 15 Februari 2009