Adakah wang rakyat untuk kegunaan peribadi Guan Eng?
Kenyataan Media mengenai isu Lembaga Pelabuhan Labuan menyewa pejabat di KL  

Fokus pada masalah, jangan hanya cakap kosong

Pada Rabu    06-11-2019 11:16:00

Kenyataan media Ketua Pemuda MCA Negeri Johor Ling Tian Soon -6 November 2019

Ketua Pemuda MCA Negeri Johor Ling Tian Soon mendesak Kerajaan bawah pimpinan Pakatan Harapan tidak membuat refleksi kendiri sehingga menggadaikan kemajuan negara serta kebajikan rakyat. Dalam tempoh 18 bulan, pihak Pakatan Harapan asyik mencari kesalahan kerajaan dahulu, dan menuding jari kegagalan kepada pihak pembangkang. Dasar serta usaha yang dirangka oleh kerajaan Pakatan Harapan seharuslah bertunjangkan kepentingan masa depan negara serta kebajikan rakyat.

2. Pemuda MCA Johor menggesa YB Lim Guan Eng untuk fokus pada masalah serta jalan penyelesaiannya, bukan hanya sekadar mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan hasutan dan 'cakap kosong'.  Kenyataan YB Menteri Kewangan yang menyatakan unsur anasir yang sedang giat mempermainkan isu perkauman rakyat serta mengipaskan isu sentimen terhadap kerajaan juga adalah tidak benar. Kenyataan beliau seolah-olah menyalahkan kakitangan kerajaan dan pihak pembangkang yang turut menyumbang kepada kegagalan pentadbiran negara oleh Pakatan Negara.

3. Peranan pihak pembangkang adalah untuk memantau, menyemak dan mengimbangi kerajaan dalam urusan pentadbiran negara untuk memastikan kebajikan rakyat. YB Menteri Kewangan yang telah banyak berpengalaman sebagai pihak pembangkang seharuslah lebih jelas akan tugasan hakiki ini. Sejauh mana tahap pelaksanaan serta keberkesanan pentadbiran negara adalah berdasarkan kemampuan kerajaan. Sekiranya terdapat sebarang anasir negatif yang sememangnya kurang berkualiti dan kurang komited, YB Lim Guan Eng yang kininya salah seorang pucuk kepimpinan kerajaan negara haruslah mengesan golongan anasir tersebut dalam kalangan kakitangan kerajaan, dan turut mendenda ataupun terus melucutkan jawatan mereka.

Berita Berkatian

MCA persoal Putrajaya tergesa-gesa saman kerajaan PAS Kelantan

MCA P Pinang berkabung HARAPAN gagal tunai janji 100 hari

DAP tipu penyokong sendiri... bakal dihukum pengundi Cina

MCA, MIC ingatkan PH tentang ‘kezaliman’ Dr M