Jaguh badminton negara meluangkan masa kira-kira 30 minit bertemu penduduk Rawang sebagai sokongan kepada calon muda BN Selayang, Kang Meng Fuat dan Rawang, Chan Wun Hoong.

Chong Wei hadir di Pasar Pekan Rawang jam 10 pagi disambut Meng Fuat sebelum berjalan kaki beberapa meter menuju ke restoran berhampi­ran.

Kehadiran Chong Wei mendapat perhatian umum yang tidak melepaskan peluang bersalaman dan berswafoto dengan ikon negara itu.

Beliau turut menurunkan tandatangan di poster BN dan t-shirt peminat bertuah.

Kira-kira jam 10.30 pagi beliau beredar dengan sebuah kenderaan.

Meng Fuat dalam perkongsian Facebook melahirkan ucapan terima kasih dengan sokongan diberikan kepadanya.

“Insan yang menjadi idola seluruh rakyat Malaysia... Saya bertuah kerana terpilih mendapat kata semangat daripada Datuk Lee Chong Wei... terima kasih Datuk,” tulisnya.

-Sinar Harian-