7 Mei 2018

Kenyataan Media Jurucakap Publisiti MCA Dato’ Sri Ti Lian Ker

Membuat lawak mengenai kematian satu pantang

MCA kesal tindakan Nga Kor Ming yang menjustifikasikan bahasa "biadap" nya dengan mempergunakan masyarakat Cina sebagai justifikasinya, atau untuk mewajarkan kebiadapannya. Rakyat yang menggutuk "kurang ajarnya" tersinggung dengan permohonan maaf beliau yang tidak ikhlas. Pemimpin DAP ini bukan sahaja tidak ikhlas, tetapi juga cuba mewajarkan perlakuannya dengan mndakwa bahawa masyarakat Cina menerima, malah menyokong, kebiadapannya. Beliau yang dicadangkan untuk menjawat kedudukan Menteri dalam Kabinet Pakatan seharusnya menghormati persoalan hidup mati dalam agama Islam. Beliau semakin biadap dan kurang ajar dalam ceramah-ceramah kempennya dan mempersendakan isu hidup mati seorang Islam adalah kurang sensitif. Dengan mengatakan orang Cina terima cara biadapnya adalaj tidak benar dan memberi gambaran yang salah terhadap masyarakat Cina.

Secara keseluruhannya, masyarakat Cina adalah satu komuniti yang baik dan saling hormat-menghormati isu hidup mati seseorang itu. Isu ini adalah "taboo" dan mereka tidak menerima kenyataan Nga Kor Ming yang bersikap biadap terhadap orang tua. Bercakap mengenai kematian seseorang adalah "taboo" dan pantang – apatah lagi apabila ia melibatkan calon PM yang disokong oleh DAP kononnya.  Cara Nga mempersendakan Tun Dr Mahathir dan menyentuh tentang ajalnya atau mengenai kematian seseorang warga tua adalah tidak elok dan melampaui batas. Ia seakan-akan satu sumpahan.  Ini bukanlah adat, cara dan budaya masyarakat Cina yang menghormati isu hidup mati seseorang.  Lawak biadap Nga Kor Ming mengenai kematian Tun Mahathir Mohammad adalah tidak patut. DAP dan Nga Kor Ming disaran supaya jangan memberi imej yang salah mengenai kaum Cina melalui alasan dan percubaan untuk mewajarkan tindakan mereka dengan mengatakan masyarakat Cina merestui.

Jika Nga mahu membuat lawak, beliau tidak sepatutnya menggunakan Tun Mahathir atau mendiang Lee Kuan Yew menjudi atau bermain mah-jong di akhirat kerana judi adalah haram dalam Islam. Nga biadap dan menghina bila mengaku bahawa DAP cuma memperkudakan Tun Mahathir untuk PRU14 ini semata-mata. Jika beliau masih terdesak membuat lawak sebegini, buatlah dengan menggunakan nama sendiri ataupun nama DAP – Jangan sekali-kali mengheret masyarakat Cina bersama ke dalam kancah masalah yang dibuat sendiri dengan mendakwa masyarakat Cina  menerimanya. Untuk membayangkan bahawa kaum Cina menyokong kebiadapannya adalah satu fitnah dan gambaran yang salah.  

Mungkin ia adalah adat DAP untuk bersikap biadap dan tidak sopan, dan penyokong-penyokong DAP mungkin mengalu-alukan lawak teruk Nga Kor Ming, tetapi tolonglah jangan melibatkan atau mengaitkan cara biadapnya dengan masyarakat Cina. Hubungan kaum Cina dengan Melayu semakin merosot dan tegang disebabkan angkara perbuatan DAP seperti Nga dan Hew Kuan Yau atau nama panggilanya Superman. Saya menggesa mereka untuk berhenti merosakkan lagi persahabatan dan silatul rahim yang baik hasil daripada    sumbangan dan tolak ansur MCA dan BN untuk memupuk ketenteraman dan keharmonian kaum yang dibina selama beberapa dekad sejak kemerdekaan negara.

DAP dan Nga Kor Ming gagal menunjukkan hormat kepada seorang pemimpin Melayu lebih-lebih lagi kepada mantan Perdana Menteri.  Kenyataan Nga Kor Ming amatlah tidak sensitif dan mungkin menimbulkan salah sangka atau buruk sangka kepada kaum Melayu. Pasangan ayah dan anak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sepatutnya menegur Nga Kor Ming dan bukannya mencadangkan beliau sebagai seorang menteri jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan baharu. Amatlah janggal sekiranya inilah jenis pemimpin yang DAP cadangkan untuk menjawat kedudukan menteri.

Dato' Sri Ti Lian Ker
Jurucakap Publisiti MCA

-MCA online-