UM berjaya mengatasi kedudukan universiti terkemuka Asia, UTAR dalam kelompok 100 teratas
Bertanding di Sekinchan, ia mengarut - Tiong Lai  

Skandal terowong - Guan Eng jangan putar belit jawapan

Pada Khamis    08-02-2018 10:47:00

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta untuk berhenti memanipulasi dan memutar belit soalan berhubung projek terowong dasar laut di negeri yang diperintah DAP itu semata-mata untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, sebagai Ketua Menteri yang bermaruah, Guan Eng sepatutnya bersikap jujur menjawab semua soalan yang dikemukakan itu demi kepentingan awam.

Walau bagaimanapun, katanya, Guan Eng cuba berdalih dengan menjawab soalan menggunakan kenyataan yang bercanggah daripada penjelasannya sebelum ini lapor Utusan hari ini. 

“Guan Eng mendakwa saya menuduh Zenith Construction Sdn. Bhd. mendapat projek itu menggunakan saluran yang tidak betul dan berkata bahawa kontrak itu merupakan tender terbuka sedangkan saya mempersoalkan mengapa syarikat yang diperbadankan pada 22 Ogos 2011 itu dijemput menghadiri pra-kelayakan permohonan cadangan (RFP) pada 14 November tahun sama.

“Jika Guan Eng mengandaikan bahawa kedua-dua peringkat RFP ini dianggap terbuka, sila nyatakan butir-butir dan juga minit-minit mesyuarat keseluruhan proses RFP,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

-Barisan Nasional-

Berita Berkatian

LGE henti jadi burung kakak tua

Guan Eng perlu henti kitar semula tuduhan liar

MCA persoal mengapa bayaran CRCC kurang daripada RM3j

Liow: CRCC sahkan bukan pemegang saham dalam projek terowong

Tiada sebab perlu minta maaf pada Guan Eng…- kata Wee