Teresa Kok wajar hentikan drama isu harga sawit
Undi 18 tahun: Peruntukan, perjawatan SPR perlu ditambah  

CRSM kembali bersama mangsa pencemaran Pasir Gudang

Pada Selasa    09-07-2019 11:17:00

9 Julai 2019

Kenyataan Media Ketua Skuad Bantuan Krisis MCA, Dato’ Natalie Lim Chong Ly

CRSM kembali bersama mangsa pencemaran Pasir Gudang

Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) telah kembali semula ke kawasan pencemaran Pasir Gudang. Di samping menghantar bekalan kecemasan kepada sekolah-sekolah yang terjejas, kami juga telah mengunjungi pelajar-pelajar yang menjadi mangsa kepada penceraman daripada Sungai Kim Kim untuk memerhatikan keadaan mereka dan memberi bantuan yang diperlukan.

Semenjak pencemaran gelombang pertama di Pasir Gudang pada bulan Mac lalu, sehingga gelombang kedua pencemaran sekarang, sebanyak 6,000 orang, termasuk pelajar sekolah dianggar telah jatuh sakit, dan situasi ini semakin membimbangkan.  

Penduduk Pasir Gudang sekarang menghadapi kesukaran. CRSM telah mengaktifkan pasukan sukarelawan kami dan telah menghantar bekalan-bekalan ke kawasan terjejas demi meringankan beban mereka. Pada 2 Jun lalu, para sukarelawan dari CRSM pusat dan CRSM Pasir Gudang telah mengagihkan 800 paket susu kepada pelajar-pelajar SK Taman Pasir Putih dan SMK Pasir Putih;

Pada 3 Julai pula, sebanyak 11 pelajar dari SJKC Chee Tong dilaporkan mengalami simptom pening, muntah dan susah bernafas. Sebaik sahaja mengetahuinya, CRSM Pasir Gudang telah bergerak menghantar peket susu kepada sekolah tersebut. Selain itu, pada 4 Julai , sebanyak 1,500 topeng muka telah diderma kepada CRSM Pasir Gudang, yang kemudiannya diagihkan kepada SJKC Chee Tong.  

Selain itu, CRSM juga telah melawat dua mangsa pencemaran Pasir Gudang.

Mangsa pertama Irfan Wafiy seorang budak sekolah berumur 12 tahun, dari Taman Bukit Dahlia. Mangsa telah jatuh sakit sejak bulan Mac lalu, yang menyebabkannya tidak mampu mengawal kakinya untuk beberapa bulan, dan tidak bermaya. Sehingga sekarang, badan mangsa akan menggigil tidak terkawal dari semasa ke semasa. 

Ibu mangsa telah membenarkan kami meneliti laporan kesihatannya, yang menunjukkan doktor telah mendapati bahawa badan mangsa mengandungi lapan jenis gas toksik. Ia masih tidak diketahui jika mangsa bokeh sembuh sepenuhnya atau tidak.

Kami juga sedih apabila diberitahu bahawa Irfan bukan sahaja terjejas dari segi fizikal, malah juga mengalami tekanan emosi, dan telah dijadualkan untuk berjumpa dengan pakar psikiatri. CRSM akan memantau kes ini dengan teliti dan memberi bantuan yang diperlukan.

Pada 5 Julai, CRSM Johor Bahru telah melawat mangsa kedua, seorang budak perempuan bernama Farisya yang berumur 16 tahun. 

Farisya merupakan mangsa pertama pencemaran pada bulan Mac, dan mengalami simptom pening, muntah dan susah bernafas. Mangsa juga telah pengsan selama 2 hari dan dipindahkan ke kampungnya di Pontian.

Menurut mangsa, dia sering berasa penat, sakit dan masih susah bernafas, yang secara langsung menjejaskan kehidupan hariannya.

Malah, mangsa juga menuduh kerajaan gagal menghulur bantuan, dan tiada tindakan susulan diambil oleh pihak hospital. Keluarga mangsa sekarang sedang mengkaji mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan.

Ia diharapkan bahawa kerajaan dan agensi-agensi berkenaan akan bekerjasama mencari punca pencemaran tersebut secepat mungkin, dan mengadakan pemeriksaan menyeluruh ke atas mangsa-mangsa gelombang pencemaran pertama demi mengelak daripada perkara yang sama berlaku. MCA juga akan terus memainkan peranan aktif dalam kejadian ini, dan menyalurkan bantuan yang diperlukan kepada mangsa.

-MCA online-

Berita Berkatian

Pencemaran udara Pasir Gudang: Alat pengesan gas tidak sesuai?

Menjelang setahun, namun menteri-menteri PH masih gagal dalam pembuatan dasar

Bee Yin wajar dedah keadaan sebenar pelajar menderita myo kimia

MCA bantu penduduk Kuala Koh