PRU14: Undi MCA langkah tepat - Liow
Liow ingatkan DAP: Anda pun keluar dewan pada 1999  

PM mahu MCA menang lebih banyak kerusi di PRU14

Pada Khamis    09-11-2017 12:38:00

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu MCA meningkatkan usaha untuk memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan sekurang-kurangnya 15 kerusi Parlimen berbanding tujuh kerusi ketika ini.

Katanya tambahan kerusi Parlimen itu perlu bagi memastikan masyarakat Cina terus mempunyai suara dalam kerajaan majmuk Barisan Nasional (BN) serta keperluan dan kepentingan mereka terjaga. "MCA adalah satu parti komponen dan rakan setia kepada Barisan Nasional.

Sekarang MCA ada tujuh saja Ahli Parlimen. Jika kita mempunyai 15 kerusi Parlimen, kita akan menjadi lebih kuat dalam kerajaan.

"Kita tanya kepada suara masyarakat Cina, apa yang mereka mahu. Adakah mereka mahukan perwakilan Cina yang kuat dalam kerajaan? Atau anda mahukan perwakilan yang lemah. Itu adalah pilihan anda," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-64 di Wisma MCA pagi ini.

Pengerusi BN itu berkata kerajaan BN telah berusaha untuk memenuhi permintaan masyarakat Cina selama ini dan BN juga telah berjaya menyediakan keamanan dan kestabilan yang membolehkan rakyat di negara ini terus maju dan makmur.

Justeru, Najib memberitahu masyarakat Cina bahawa memilih BN adalah keputusan terbaik dalam memastikan kepentingan dan keperluan mereka terus terjamin.

Tegasnya, masyarakat Cina harus sedar bahawa DAP pada hakikatnya tidak akan mampu membentuk kerajaan walaupun telah memenangi 38 kerusi Parlimen pada PRU13. "Ini adalah realiti. Jangan bazirkan waktu anda pada sebelah pihak yang lain.

Semua itu adalah hipokrasi. Adakah anda fikir Lim Kit Siang (pemimpin veteran DAP) sayang Dr Mahathir. Tun Mahathir dan Lim Kit Siang adalah ibu kepada segala hipokrasi," katanya sambil diiringi sorakan gemuruh daripada perwakilan yang hadir.

Sambil mempersoal peranan pembangkang, Najib berkata apa yang dilakukan oleh pihak pembangkang kepada rakyat Malaysia pada masa ini hanyalah lebih kepada mengutuk, mencaci dan mencerca habis-habisan usaha yang dilaksanakan kerajaan BN serta membuat pusingan-U ke atas kenyataan mereka sendiri.

Katanya ini berbeza sekali dengan apa yang dilakukan kerajaan BN, yang telah berjaya membawa kemajuan sebenar untuk rakyat dan negara Malaysia.

-Barisan Nasional-

Berita Berkatian

PRK Sungai Kandis: Tiada isu nak guna logo Umno

BN kembali kepada semangat asal penubuhannya

Peruntukan Ahli Parlimen: Mana janji berlaku adil, tanya MCA

Wanita MCA gesa kerajaan Pakatan Harapan tunai janji 30% menteri wanita

MCA tubuh dua jawatankuasa untuk transformasi